Modifikasi

TOYOTA ESTIMA TCR

Mungkin ramai yang tak tahu, Estima TCR model pertama ini mempunyai dua chasis yang berbeza. Satu Estima, satu lagi Lucida yang lebih kurus. Panjang dan tingginya sama, tetapi lebarnya dikurangkan sebanyak empat inci berbanding model Estima biasa.

DSC_2017

Saya rasa, semasa pasukan jurutera menghasilkan kenderaan ini, mereka terpaksa mengadaptasi ruang parkir rumah di Jepun yang memang sempit-sempit belaka. Empat inci memang ada kesan yang besar apabila hendak memarkir. Ini teknologi tahun 1990 yang saya nak cerita.

Kurus tidak bermakna kecil. Ketika masuk ke dalam kabin, rasa sama sahaja. Saya pun tak tau nak bezakan di bahagian mana. TCR merah ini milik Mohd Haffiz Abdul Wahab.

DSC_2028

Brader ini boleh dianggap sebagai masih muda belia dalam kalangan pemilik Estima. OK. Di Malaysia memang nampak pelik orang muda memiliki MPV. Tetapi di  Jepun, selamba.

Mungkin sebab di Jepun, rumah-rumahnya kecil. Jadi mereka suka beli MPV yang luas, senang kalau penat boleh tidur dalam kereta. Model paling banyak saya perasan di Jepun ialah Honda STEPWGN.

DSC_2050

Lucida ini hadir standard dengan enjin supercharger bersesaran 2.5 liter. Asal-usul  supercharge enjin ini banyak dikopek dek budak Toyota yang suka main 4AGZE. Toyota pada awal pengeluaran Lucida dengan konfigurasi FR ini banyak buat eksperimen.

DSC_2040

Ini termasuklah meletakkan enjin di bahagian tengah untuk mendapatkan pembahagian berat yang bagus. Hasilnya memang berkesan. Namun, lantai tengahnya jadi tinggi dan mengorbankan bahagian ruang kaki. Saya perasan bahawa lantai kereta ni agak tinggi. Mereka yang berkaki panjang memang perlu ambil masa untuk sesuaikan diri ketika duduk di barisan belakang.

DSC_2025

Sejurus MPV ini dibeli, Haffiz sudah menunggu dengan bodykit Estima TCR model biasa. Bumper depan dan belakang dimodifikasi sedikit untuk dimuatkan ke dalam jentera ini. Skirting agak rare sebab Hafiz sendiri tidak tahu ia diambil daripada model apa.

Kalau anda kaki kedai half-cut sekalipun, bodykit TCR yang sampai dalam kontena ada bermacam-macam jenis. Mustahil boleh tahu model atau pengeluar mana kerana produk aftermarket model ini sangat banyak.

DSC_2030

Rim Rota replika Vossen bersaiz 18 inci dipasangkan dengan tayar Landsail 225/40r18. Nampak tersembul keluar bukan sebab rim lebar, tetapi sebab body MPV ini yang kurus. Secara automatik jadi hellaflush, tak payah dibuat-buat kangkang pun.

Haffiz mengambil langkah berani dengan memilih warna merah Ferrari. Ambik, barulah merelip-relip tengah bendang bak kata orang Sungai Petani. Dari jauh dah nampak datangnya. Pasang pula roof rack. Sebenarnya rack ini bawak snowboard di Jepun. Tetapi nampak serasi betul. Suka pula saya tengok.

DSC_2026

Di penghujung artikel ini, saya dapat jangka mesti ada pembaca yang mula sedar kewujudan model ini. Saya rasa tak lama lagi, memang berebut pula yang main Estima lama macam alkisah RVR-Chariot sebelum ini. Mula berebut beli barang di  kedai potong. Hehehe

[hr]Galeri

DSC_2018DSC_2019DSC_2038DSC_2020DSC_2022DSC_2027DSC_2031DSC_2033DSC_2042DSC_2044DSC_2047DSC_2051
 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button