Buletin

MITSUBISHI TRITON SERTAI BORNEO SAFARI

Bagi menyambut ulang tahun jubli perak (25 tahun) Borneo Safari, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal menyertai acara off-road tersebut dengan sebuah trak pikap Triton Adventure serba baharu.

Mitsubishi-Triton- Adventure-Borneo-Safari-mekanika (1)

Mitsubishi sememangnya bukan jenama asing di pasaran Malaysia Timur. Model seperti Pajero dan Mitsubishi Jeep pernah beraksi dalam acara 4×4 Borneo sejak ekspedisi Trans Borneo pada tahun 1980-an lagi , sebelum  ia berkembang menjadi Borneo Safari pada tahun 1991.

“MMM berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam Borneo Safari pada tahun ini dengan Triton Adventure serba baharu. Borneo Safari merupakan antara acara off-roada yang paling mencabar diAsia dan Triton sudah bersedia untuk meneroka laluan sukar tersebut dengan kemampuannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Yang Won-Chul.

Jentera 4×4 itu akan masuk sebagai sebuah kenderaan korporat dan dipandu oleh veteran Borneo Safari iaitu Paul Si dari Sarawak dan Lionel Yew dari Selangor.

“Kami bangga kerana diberi kepercayaan oleh pihak Mitsubishi untuk menyertai Borneo Safari dengan Triton yang hanya menerima modifikasi minimum,” kata Paul Si.

Triton itu kini dilengkapi dengan peralatan wajib seperti bullbar, bampar belakang lebih kukuh, winch Warn dengan keupayaan menarik sehingga 9,000 paun dan tayar GT Radial Komodo.

Borneo Safari akan membawa para peserta meredah laluan of-road paling sukar di Borneo dalam masa lapan hari tujuh malam.

Para peserta bakal memulakan perjalanan pada pukul 9.30 pagi di bangunan Lembaga Pelancongan Sabah di Kota Kinabalu. Konvoi kemudian bergerak ke Penampang untuk acara pembukaan Peringkat Prolog Khas.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button