Buletin

ISUZU D-MAX X-TERRAIN BUKTIKAN KEMAMPUAN DALAM BORNEO SAFARI

Isuzu D-Max X-Terrain kini bersedia untuk menyahut cabaran lebih getir dalam acara off-road antarabangsa Borneo Safari. Tiga unit trak pikap berkenaan akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media untuk acara tersebut.

Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA), Faez Nordin yang menerima trak pikap berkenaan daripada Pengurus Pemasaran Isuzu Malaysia, Alan Lee berterima kasih atas sokongan berterusan Isuzu terhadap acara yang bakal berlangsung selama seminggu pada penghujung Oktober, pertama kali selepas pandemik melanda sejak lebih dua tahun lalu.

Acara tahun ini dijangka menempuh permukaan dan laluan paling sukar di kaki gunung Kinabalu, berdekatan Kota Belud. Dengan pemandangan indah dan sungai bersih, permukaan berbatu juga akan memberikan cabaran kepada peserta serta jentera yang terlibat.

Tahun ini, Borneo Safari akan kembali dengan lebih menarik selepas dua tahun tidak menemui peminatnya, sebagai meraikan kali ke-30 acara ini dianjurkan setakat ini. Ia juga bakal menyaksikan penampilan sulung Isuzu D-Max generasi ketiga X-Terrain.

Isuzu D-Max X-Terrain akan meneruskan tradisi untuk berkhidmat sebagai kenderaan rasmi media sepanjang Borneo Safari. Model generasi pertama dan keduanya pernah menggalas tanggungjawab tersebut sebelum ini.

Ikuti laman Facebook rasmi Isuzu D-Max atau platform media sosial lain untuk mendapatkan kemaskini berkaitan Borneo Safari yang bermula pada 30 Oktober hingga 6 November 2022.

Turut diadakan adalah siri web “Tonton & Menang”, jadi jangan ketinggalan untuk mengikuti platform seperti dinyatakan untuk peluang memenangi hadiah menarik.

Google ads
Back to top button