
KAWASAKI “J” 3-WHEEL ELECTRIC VEHICLE
Acara motor show merupakan medan terbaik buat semua pengeluar kenderaan mempamerkan model konsep mereka. Berbeza dengan sebelum ini, kenderaan konsep bukan lagi sekadar idea yang dijelmakan dalam bentuk nyata. Tetapi, ia kini dilihat lebih cenderung untuk diproduksi sekiranya ia terbukti realistik untuk ditawarkan kepada pengguna.
Pada Tokyo Motor Show 2013 baru-baru ini, pengeluar motosikal terkemuka dari Jepun, Kawasaki Heavy Industries Ltd. (Kawasaki) menampilkan model konsep yang dikenali sebagai Kawasaki “J” 3-Wheel Electric Vehicle.
Seperti namanya, kemunculan jentera tiga roda ini adalah untuk menunjukkan kepakaran Kawasaki dalam teknologi pengurusan bateri. Kawasaki menyatakan bahawa GIGACELL ialah bateri nikel-metal hidrat berkapasiti tinggi generasi akan datang.
Bateri ini didakwa mempunyai kemampuan mengecas dan nyahcaj dengan pantas. Justeru, ia boleh digunakan untuk menstabilkan output tenaga elektrik daripada sumber tenaga semula jadi seperti solar atau kuasa angin.
Kawasaki “J” 3-Wheel Electric Vehicle dikuasakan oleh sebuah bateri ini. Ia menawarkan dua mode tunggangan iaitu sport dan comfort.
Terlalu ekstrem untuk anda? Jangan risau, ini sekadar model konsep. Belum tentu akan diproduksi.













