Modifikasi

Honda Prelude

Honda Prelude adalah contoh kejayaan silam yang dilupakan. Asal cakap coupe Honda, mesti orang ingat Integra. 

Prelude tidak terlintas pun dalam ingatan orang-orang muda yang berangan nak beli.

Saya rasa ramai yang tak sedar pun bahawa kereta ini wujud. Masa kecil-kecil dulu, Prelude ialah kereta sport yang sangat playboy. Ia sangat diminati oleh kaum jejaka ketika zaman istilah bohsia belum lagi wujud.

Kini, Prelude hanya tinggal sejarah. Sebulan sekali pun payah nak jumpa. Apatah lagi nak jumpa yang sudah siap diubah suai. Saya pun tak pasti apa pasal. Pada hal model-model BA, BB4 dan BB5 itu masih nampak cun di mata saya. Mungkin sebab populariti kereta ini yang rendah menyebabkan casisnya kurang diminati untuk dimasukkan dengan kuasa B berbanding Civic atau Accord.

Honda-Prelude-5

Salasilah Prelude bermula dengan rangkaian kereta sport Honda yang tidak wujud pada tahun 1970-an. Masa tu mana ada Civic Type R. Civic ketika itu mat skema cermin mata tebal sahaja yang beli.

Jadi, Honda Motor Co. Japan telah mengambil keputusan untuk membina pilihan coupe. Lalu, casis Accord dijadikan pilihan kerana itulah casis paling lebar dan panjang yang mereka ada ketika itu.

Walaupun versi coupe dianggap sport masa zaman 19700-an, ia tidaklah membuat perubahan radikal, misalnya dengan menggunakan sistem pacuan roda belakang. Honda masih yakin dengan keupayaan pacuan hadapan dan suspense jenis multi-link mereka.

Honda-Prelude-4

Justeru, model kedua Prelude yang lahir pada 1983 merupakan model paling laris dalam sejarah. Lebih 300,000 unit terjual di seluruh dunia. Ini kerana model pertama Prelude tidak dianggap sebagai model global.

Ini adalah model pertama Prelude yang masih lagi dalam keadaan sempurna untuk anda semua tengok, tonton dan tenung puas-puas. Terutama pada bahagian enjin yang sedap betul mata memandang.

Pada asalnya, enjin kereta ini 1.6 liter berkuasa 75hp yang tak power langsung. Ia kemudian digantikan dengan enjin B16A, 20 tahun lebih baru daripada besi kereta ni.

Walaupun berbeza jauh generasi, ternyata memadankan enjin VTEC tidak jadi masalah besar. Memang selalunya begitu kerana enjin VTEC sangat ringkas binaannya, berpacuan roda hadapan dan tidak macam enjin turbo yang berselirat sangkut sana sini.

Enjin ini mengalami proses modifikasi yang sederhana. Penapis udaranya  disambung pada paip keluli tahan karat, kabel Ultra, thermal wrap pada manifold dan sebuah peredam bunyi 5Zigen. Maka bunyi kebangsaan VTEC pun mulalah kedengaran. Kalau dah pakai straight pipe dengan bullet besar tin Ridsect tak payah nak berlakon baik lah, sekali mengerang, satu kampung boleh dengar.

Tanpa pengubahsuaian yang besar pun, kereta ini sudah sedap dipandu apabila dipadankan dengan klac standard dan kotak gear YS1. Ketika Prelude ini diperkenalkan dahulu, saya masih ia ada menggunakan kotak gear automatik tiga kelajuan sahaja, namanya Hondamatic.

Honda-Prelude-3

Saya ingatkan koman sangat, rupanya ada juga Hondamatic yang lebih koman lagi, dua kelajuan punya. Aduyai… Ya ampun, macam manalah agaknya enjin mengerang waktu itu.

Sistem suspensi kereta ini diambil dan dikahwinkan dengan generasi Accord CA5 jenis adjustable yang lebih baru. Tidaklah susah sangat nak dapat, tetapi kalau dibandingkan dengan adjustable Wira memang susahlah.

Breknya pulak disalin dengan brek EG9 untuk roda hadapan dan belakang. Manakala ruang rodanya ditutupi oleh rim lebih moden iaitu VolksRacing Gramlight 57C bersaiz 15 inci dengan tayar 195/50 Yokohama Parada. 15 inci sahaja, tapi arch nampak penuh. Zaman kereta ni dulu, pakai rim 15 pun terbeliak ketua kampung tengok!!!

Bahagian dalaman kereta tidak nampak langsung macam kereta zaman awal industri automotif Jepun. Semuanya merah menyala bila tempat duduk dan panel dalamnya dibalut dengan fabrik hitam merah. Papan pemukanya kalau saya tidkak silap diambil daripada model DA6 Integra.

Bahagian luar, buat macam mana pun tak akan nampak pelik sebab bentuk asal kereta pun orang tak kenal. Apa yang saya perasan, lips hadapan datang dari idea Mitsubishi Super Touring, skirting tepi custom dan akhir sekali GT Wing ala Voltex mencucuk di belakang. Kawan saya dari Amerika, Miki kata macam ‘shopping cart’ kalau tengok kereta kecik dengan wing lebar.

[hr top]

Spesifikasi

Model: Honda Prelude 1.6/1979

Enjin: B16A VTEC integra DA6, penapis udara HKS, kabel Ultra, head cover Mugen, thermal wrap, ekzos 5Zigen.

Kotak gear: Manual lima kelajuan

Suspensi: Boleh laras

Brek: B16A depan belakang

Rim: Gramlight 57C 15

Tayar: Yokohama Parada 195/50/15

Dalaman: Custom trim merah hitam, dashboard Integra, tuil gear Mugen (mungkin)

Luaran: Custom bodykit, wing dan warna merah Ferrari.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Honda-Prelude-6Honda-Prelude-7Honda-Prelude-8Honda-Prelude-9Honda-Prelude-10Honda-Prelude-11Honda-Prelude-12Honda-Prelude-13Honda-Prelude-14Honda-Prelude-15Honda-Prelude-16Honda-Prelude-17Honda-Prelude-18Honda-Prelude-19Honda-Prelude-20Honda-Prelude-21

[hr]
Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button