FOTO INTIP: TESLA MODEL Y ‘JUNIPER’ VIRAL – TAMPIL LEBIH RANGGI
Satu set imej dikatakan memaparkan kemas kini terbaru Tesla Model Y “Juniper” telah tersebar di atas talian, mencetuskan spekulasi mengenai rekaan baru yang mungkin akan diperkenalkan untuk crossover elektrik popular itu.
Walaupun imej-imej ini masih belum disahkan, ia memberikan gambaran awal mengenai perubahan rekaan Model Y.
Pada Mac 2023, di tengah-tengah berita mengenai pembaharuan Model 3 “Highland”, Reuters melaporkan bahawa Tesla sedang mengusahakan kemas kini untuk Model Y, dengan nama kod “Juniper”.
Imej-imej yang dibocorkan di subreddit r/TeslaMotors menunjukkan beberapa perbezaan menarik antara Model 3 yang telah diperbaharui dengan kemungkinan kemas kini Model Y.
Ini termasuklah satu imej menunjukkan bar cahaya merah dengan perkataan “Tesla” pada bahagian belakang prototaip Model Y “Juniper”.
Bar cahaya seperti ini tidak terdapat pada sedan Model 3 diperbaharui. Walau bagaimanapun, imej yang bocor menunjukkan bahagian dalaman Model Y “Juniper” mengekalkan reka bentuk kabin seakan Model 3 baharu.
Walaupun imej-imej yang bocor mengenai unit Tesla Model Y “Juniper” agak menarik, CEO Elon Musk menegaskan bahawa tiada “pembaharuan” akan berlaku untuk crossover elektrik tersebut pada tahun ini.
Tesla Model Y adalah kenderaan yang sangat berjaya dan menjadi kereta paling laris di dunia dari segi jumlah jualan tahun lepas.
Jika kemas kini kenderaan ini dilancarkan dan diterima baik oleh pengguna, Model Y mungkin akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu kenderaan paling laris di dunia.
- BACA: AUTOMECHANIKA KUALA LUMPUR 2024 PAMER TREND TERKINI – ZON PENYELESAIAN MOBILITI AUTOMOTIF, TEKAN ASPEK ESG
- BACA: CADILLAC SOLLEI CONCEPT – CONVERTIBLE ELEKTRIK DENGAN GAYA MEWAH
- BACA: BETUL KE ADA MERCEDES GUNA ENJIN RENAULT?
- BACA: HONDA INTEGRA ‘ANNIVERSARY SPECIAL LIMITED EDITION’ DILANCARKAN DI CHINA – HARGA BERMULA RM84K