
MAAF … TUNDA LAGI FAST AND FURIOUS 9. TAYANGAN 25 JUN PULA
Peminat francais Fast & Furious perlu bersabar lagi untuk menonton siri ke-9 iaitu F9 apabila tayangan ditunda pada 25 Jun tahun ini.
Pengumuman tersebut dilakukan selepas Presiden Joe Biden memaklumkan bahawa vaksin mencukupi untuk golongan dewasa di Amerika Syarikat (AS) pada penghujung bulan Mei.
Pada asalnya, tayangan perdana F9 dijadualkan pada bulan Mei tahun lalu. Bagaimanapun, berikutan penularan pandemik Covid-19, pihak Universal Studios terpaksa menunda tarikh tayangan sebanyak dua kali.
Ini merupakan kali ketiga tarikh tayangan ditunda sekali gus penangguhan filem memakan masa lebih satu tahun.
Menurut Variety, filem terbabit menelan kos AS$200 juta (RM814 juta) dan Universal Studios ingin memastikan pelaburan itu menguntungkan.
Universal Studios juga mempertimbangkan beberapa pilihan untuk tarikh tayangan termasuk ketika musim cuti dan tahun 2022.
Filem terbaharu itu mendapat sentuhan pengarah Justin Lin yang menampilkan bintang-bintang terkenal seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, John Cena, Michelle Rodriquez dan banyak lagi. -carscoops
- BACA: MILIKI 24 JENTERA REPLIKA FAST AND FURIOUS. INI BARU FANATIK!!!
- BACA: FRANCAIS THE FAST AND THE FURIOUS BAKAL DITAMATKAN SELEPAS FILEM KE-11. BAGUSLAH….
- BACA: REPLIKA TOYOTA SUPRA FAST & FURIOUS YANG MAMPU MEMBANGKITKAN NOSTALGIA ZAMAN MUDA
- BACA: DITAYANGKAN BULAN DEPAN. FAST & FURIOUS DENGAN CERITA YANG MAKIN TAK REALISTIK