
TOYOTA SUPRA LEGEND FAST & FURIOUS UNTUK DILELONG
Jentera Toyota Supra yang pernah dipandu mendiang Paul Walker dalam filem Fast & Furious akan dilelong di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), pada bulan hadapan.
Toyota Supra keluaran 1994 berwarna oren (Candy Orange) sama seperti Lamborghini Diablo itu pernah membuat penampilan dalam Fast & Furious dan 2 Fast and 2 Furious.
Penganjur acara Barret Jackson, berkata pembida yang berjaya menawarkan harga tertinggi akan menerima sijil keaslian sah jentera terbabit.

Kereta terkenal itu mendapat sentuhan modifikasi Eddie Paul dari The Shark Shop di El Segundo California pada bahagian luaran dan dalaman.
Ia dilengkapi body kit termasuk spoiler hadapan dan skirt sisi dari Bomex, hud dengan gaya TRD, wing belakang APR dan rim 19 inci lima spoke.

Jentera legend tersebut mendapat khidmat enjin turbocharge 3.0 liter dipadankan transmisi automatik empat kelajuan.
Pada tahun 2015, firma lelongan terkemuka, Mecum telah melelong Supra berlainan daripada filem aksi berkenaan pada harga AS$185,000 (RM 765,678). – motor1/CNN
- BACA: TRAILER TERBARU FAST & FURIOUS 9 MUNCUL – JADI KE TERBANG KE ANGKASA NI?
- BACA: MILIKI 24 JENTERA REPLIKA FAST AND FURIOUS. INI BARU FANATIK!!!
- BACA: REPLIKA TOYOTA SUPRA FAST & FURIOUS YANG MAMPU MEMBANGKITKAN NOSTALGIA ZAMAN MUDA
- BACA: BODYKIT TERBAHARU LIBERTY WALK. INI TOYOTA SUPRA ATAU BATMOBILE?