Buletin

GAGAL HADIR BERI KETERANGAN, JPJ MINTA BANTUAN POLIS KESAN OPAI

Kegagalan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyebabkan JPJ terpaksa meminta bantuan polis.

Opai sepatutnya hadir untuk dirakam keterangan selepas dikesan menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ pada McLaren miliknya yang bukan nombor sebenar.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, notis panggilan temu siasat sudah pun diserahkan Opai.

“Selepas tempoh 14 hari, lelaki terbabit masih belum hadir ke pejabat JPJ.

“Jadi kita minta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk keluarkan waran dan kesannya di rumah,” katanya ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha, di Jalan Pahang di sini, malam tadi.

Menurut Erick, suami pelakon yang masih berada di Kuala Lumpur itu dianggap umpama mencabar JPJ kerana tidak menghadirkan diri seperti diarahkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan usahawan muda, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai yang tular menggunakan kenderaan jenis McLaren bukan nombor plat sebenar menjelaskan, nombor pendaftaran kenderaan itu dibuat sempena perkahwinannya dengan pelakon popular, Fatin Afeefa.

Menerusi penjelasannya pada InstaStory, dia memberitahu tidak menggunakan nombor QPA1 itu sewaktu memandu kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button