Buletin

PANDU SECARA MERBAHAYA, POLIS PERANCIS LENYEK KERETA BMW E36 3 SERIES

Tular di media sosial baru-baru ini apabila pihak polis di Perancis dengan bangga mendedahkan sebuah coupe E36 BMW 3 Series telah dimusnahkan gara-gara pemilik memandu secara merbahaya.

Terdahulu dalam video itu, turut dipaparkan adalah sedan E46 3 Series berwarna Sherbert yang dihancurkan bersama E36.

Untuk rekod, kedua-dua kereta itu dirakam dipandu secara merbahaya di bahagian utara Perancis.

Menurut laporan, kereta itu dirampas di hadapan rumah pemilik ketika dia sedang bekerja. Belum sempat dia bertindak balas, kereta itu telah remuk sepenuhnya.

Tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada amaran tegas pihak berkuasa bagi membendung gejala ‘pemandu lagak ngeri’ di negara itu.

Carscoops mendakwa, polis Perancis menerima peningkatan sebanyak 1,400 peratus dalam kejadian pemanduan merbahaya termasuk melakukan aksi drift.

Selain itu, pemilik E36 itu turut disaman sebanyak AS$81,000 (RM378,027) sementara lesen pemandu digantung sehingga tiga tahun.  

Google ads
Back to top button