Buletin

GARA-GARA JALAN LICIN, ‘KING’ TERBALIK DEPAN TOKONG

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila Myvi dipandunya terbalik di hadapan sebuah tokong di Kuching.

Kejadian itu berlaku di simpang Jalan Tun Haji Openg dan Jalan Maxwell jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Menurut laporan, pemandu berkenaan dikatakan gagal mengawal kenderaannya gara-gara jalan licin akibat hujan di kawasan tersebut.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian menghulurkan bantuan bagi memastikan pemandu keluar dari kenderaan dengan selamat.

Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan akibat daripada kemalangan berkenaan. – ILoveBorneo

Google ads
Back to top button