TULAR ‘KING’ POTONG BARISAN, PEMANDU MYVI HADIR BERI KETERANGAN
Polis meminta pemilik video papan pemuka (dashcam) terlibat dalam insiden kesalahan lalu lintas di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Indah, susur Shamelin, baru-baru ini tampil ke balai polis berdekatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya terkesan video tular yang dimuat naik di Facebook sekitar pukul 7 petang, semalam.
Menurutnya, rakaman video itu memaparkan seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi telah memotong barisan ketika berada di lokasi kejadian.
“Pemandu Perodua Myvi tersebut telah hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan berkenaan kejadian itu.
“Kes disiasat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Memotong barisan),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Farouk memohon pemilik video berkenaan atau pemandu terlibat hadir ke mana-mana balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.
“Individu yang terlibat juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.