Buletin

GEELY DAN VOLVO JALIN KERJASAMA TERBARU, KEMBANGKAN KERJASAMA LEBIH STRATEGIK

Pada 2 Ogos 2010, Geely Holding mencatatkan sejarah dengan kejayaan memiliki syarikat automotif terkenal Sweden, Volvo Cars daripada Ford. Ketika itu, pasaran dunia automotif perlahan dan Volvo antara syarikat auomotif premium yang terkesan daripada situasi tersebut.

Tujuh tahun selepas itu, Volvo berjaya pulih sepenuhnya dan mencatatkan keuntungan yang belum pernah mereka kecapi. Dalam tempoh tersebut juga, Geely banyak memanfaatkan pemilikan itu menerusi perkongsian teknologi namun ia terhad kerana syarikat ini masih syarikat milikan awam yang ditadbir dengan cara berbeza.

Pada hari ini, kedua-dua syarikat Geely dan Volvo telah menandantangani perkongsian terbaru mereka. GV Technology (Ningbo) Co. Ltd bagi memuktamadkan kerjasama yang telah bermula sejak awal tahun lepas dalam anak syarikat Lynk & Co.

BACA: FORD CABAR PATEN JENAMA LYNK & CO

Lynk & Co adalah jenama premium yang ditubuhkan oleh Geely pada tahun lepas. Ia sebagai langkah terbaru kumpulan ini untuk mengembangkan pasaran mereka di luar negara. Model 01 yang dipamerkan di Shanghai Auto Expo tahun lalu mendapat respons yang cukup menggalakkan.

Kemudian, jenama Lynk & Co dipatenkan di Eropah, dan Amerika Syarikat. Model pertama mereka dijadualkan akan berada di pasaran domestik China pada tahun ini dan pasaran global pada tahun hadapan.

Lynk & Comodel 01 dibina di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo. CMA akan digunakan untuk model-model masa depan Lynk & Co. yang merangkumi sedan, hatchback dan Crossover. Ia menggunakan khidmat enjin tiga silinder 1.5 liter atau empat silinder 2.0 liter daripada Volvo yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar.

Pegangan saham syarikat untuk Lynk & Co ialah Geely Auto (Hong Kong) sebanyak 50 peratus, Volvo Cars sebanyak 30 peratus dan 20 peratus dimiliki oleh Geely Holdings.

 

GALERI

Google ads
Back to top button