Buletin

ISUZU MALAYSIA LANCAR mu-X FACELIFT – BERMULA RM176,640

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Isuzu mu-X 2017 baharu. SUV tujuh tempat duduk itu menampilkan pembaharuan ketara pada bahagian luaran, dalaman dan keselamatan.

Penambahbaikan model facelift ini merangkumi lampu utama jenis projektor ni-LED spectrum biru, enam beg udara (sebelum ini dua sahaja), sistem kemasukan tanpa kunci sebagai ciri standard, tempat duduk dibalut kulit, Hill Descent Control rim aloi bersaiz 18 inci.

Harga baharu atas jalan tanpa insuran adalah RM183,000 untuk varian 4×4, mankala varian 4×2 pula berharga RM176,640 seunit (di atas ja;an termasuk insurans dan GST). Kedua-dua varian itu dijana oleh enjin diesel 2.5L Sistem Geometri Boleh Ubah (VGS) Turbo Intercooler.

Enjin yang efisien itu kemudian dipadankan dengan transmisi lima kelajuan automatik.

“Kenderaan kami direka dengan meletakkan tiga prinsip utama iaitu kecekapan bahan api, kebolehpercayaan dan ketahanan.

“Para jurutera kami bekerja keras untuk memastikan enjin Isuzu mu-X pada tahap terbaik, seterusnya membolehkan kami memberikan waranti jarak 5 tahun tanpa had,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka.

SUV itu tampil dengan rekaan bahagian hadapan yang agresif menerusi pengunaan lampu depan projektor bi-LED spektrum biru, lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Lampu utama itu juga didatangkan dengan ciri pelarasan automatik untuk mengekalkan unjuran cahaya ke arah optimum apabila berat ditambah pada kenderaan. Lampu kabus belakang baharu juga meningkatkan aspek keselamatan SUV ini.

Ruang kabin mu-X ditingkatkan dengan permukaan lembut bersama kemasan panel kayu pada pintu dan papan pemuka. Grafik tengah dan panel meter rekaan terbaharu electromunescent (e- LUMAX) dengan Paparan Multi Maklumat (MID).

Tempat duduk kini dilabut kulit dengan corak baharu. Sistem infotainmen dikemaskini dengan 8 unit pembesar suara untuk kualiti audio lebih baik. Varian 4×4 didatangkan dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor boleh dilipat untuk penumpang bahagian belakang. Versi 4×2 dilengkapi skrin sentuh DVD 7 inci.

Dari segi keselamatan, mu-X turut dilengkapi sistem brek ABS, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kawalan Cerun (HSA).

Selain warna coklat (Havana Brown) baharu, Isuzu mu-X didatangkan dengan empat warna menarik iaitu putih, perak dan hitam.

BACA: YUUMI DILANTIK SEBAGAI DUTA ISUZU MALAYSIA

GALERI

Google ads
Back to top button