BuletinMotosikal

KAWASAKI VERSYS-X 300 2018 UK DOMESTIC MODEL

Motosikal dengan kuasa sederhana semakin galak dibina oleh pengeluar antarabangsa. Mungkin mengikut trend pengecilan enjin kereta agaknya.

Lebih menarik, dengan enjin yang sama pelbagai varian dikeluarkan mengikut selera pasaran. Kelebihannya ialah apabila motosikal banyak berkongsi peralatan harga alat ganti akan menjadi lebih rendah selain mudah untuk pekedai menyelenggara dan menyimpan stok.

Selain itu, apabila sesebuah motosikal itu popular diperingkat global, hendak mengembara merentas negara pun senang terutama sekali jika menghadapi masalah. Kuranglah masalah terpinga-pinga hendak menunggu alat ganti atau mekanik yang pandai membaik pulih.

Ibarat Toyota Hilux, rosaklah di ceruk dunia mana pun, insya Allah terdapat alat ganti dan mekanik yang pandai mengerjakannya.

Salah satu contoh pengeluar yang ingin motosikalnya menjadi seperti Hilux ialah Kawasaki. Sedar bahawa moped, skuter dan superbike bukan kubu kuat mereka, Kawasaki fokus kepada motosikal bersaiz sederhana.

Strategi Kawasaki ialah melambakkan model dan varian yang belum benar-benar diteroka oleh pesaing Jepun dan Eropah lain. Ini boleh dilihat di kedai-kedai menjual motosikal, banyak sungguh model dan varian hingga kelabu mata dibuatnya.

Mujurlah warna signatur Kawasaki ialah hitam dan hijau. Jika berwarna-warni sudah ibarat pelangi nampaknya.

Walaupun motosikal bersaiz sederhana popular di rantau sebelah sini, Kawasaki tidak melupakan pasaran negara maju. Di United Kingdom misalnya terdapat Versys-X 300 (296 cc) yang menggunakan enjin sama seperti Ninja dan Z300. Sesaran enjin itu lebih besar berbandingĀ Versys-X 250 yang ditawarkan di Malaysia dan Indonesia (249 cc).

Nampaknya bukan sesaran enjin sahaja berbeza, untuk model 2018, Versys-X 300 spesifikasi UK mempunyai satu lagi warna tambahan iaituĀ Metallic Spark Black dan Metallic Graphite Grey. Warna itu tambahan kepadaĀ Candy Lime Green dan Metallic Graphite Grey.

Hakikatnya Versys-X dibangunkan untuk keperluan khas pasaran Indonesia dan Thailand. Motosikal itu dilihat serba boleh dalam menghadapi pelbagai bentuk jalan dan cabaran dari yang elok, berlopak sehinggalah kepada banjir kilat.

Namun keadaan sedemikian tidak berlaku di sesetengah negara ASEAN sahaja malah turut dialami oleh banyak negara Eropah kesan dari perubahan cuaca dan bajet penyelenggaraan jalan yang terhad.

Jadi tidak hairanlah apabila Kawasaki melihat ada peluang untuk memasarkan Versys-X di sana. Dengan nilai wang dan taraf hidup yang tinggi, Versys-X adalah pilihan yang ideal.

BACA:Ā KAWASAKI THAI IKUT LANGKAH INDONESIA, TAPI PERKENAL VERSYS LEBIH BESAR- X-300

BACA:Ā KAWASAKI VERSYS 650 EDISI ISTIMEWA 2017

Google ads
Back to top button