Buletin

GEELY GALAXY M9 – SUV PERDANA TERBAHARU DARI GEELY. PENGGANTI UNTUK PROTON X90 MUNGKIN?

Pengeluar kenderaan terkemuka dari China, Geely telah memperkenalkan model SUV perdana baharu mereka, Geely Galaxy M9 dan telah diperkenalkan secara rasmi untuk global debut di Milan baru – baru ini.

Geely Galaxy M9 ini adalah merupakan sebuah SUV perdana plug-in hybrid dengan kapasiti enam tempat duduk yang asalnya merupakan hasil daripada model konsep Galaxy Starship yang telah diperkenalkan kepada umum pada tahun 2024.

Dengan panjang sehingga 5.2 meter, jelas sekali ianya adalah sebuah SUV yang bersaiz besar dan cukup selesa untuk menjadi kenderaan keluarga yang luas dan selesa yang dibina berdasarkan pelantar Geely GEA Evo dengan dimensi 5,205 mm panjang, 1,9999 mm lebar, 1,800 mm tinggi dan jarak titik roda 3,030 mm.

Geely Galaxy M9 ini menggunakan bahasa reka bentuk Galaxy Ripple yang menampilkan panel cahaya matriks di bawah jalur cahaya jenis telus yang melintasi muka depan tertutup merangkumi sejumlah 816 LED yang berada di bahagian dengan rekaan tanpa gril. Rekaan lampu LED yang serupa juga terdapat di bahagian belakang untuk tampil lebih elegan dengan perkataan GEELY yang dieja lebih kecil di bahagian tengah.

Bahagian bampar belakang dikemasi dengan elemen krom pada corong ekzos untuk memberikan sedikit kontra dengan warna bampar. Melengkapi rupa luaran adalah roda aloi bersaiz 21 inci dengan padanan saiz tayar 265/45R21.

Pada bahagian kabin, terdapat sebuah skrin infohiburan yang bersaiz bagak 30 inci serta paparan untuk pemandu bersaiz 12.3 inci. Menariknya kokpit Geely Galaxy M9 ini juga hadir dengan teknologi AI generasi akan datang untuk kenderaan. Manakala konfigurasi tempat duduk 2+2+2 memastikan setiap penumpang berasa selesa dan tenang sepanjang perjalanan yang lengkap dengan fungsi mengurut untuk kerusi barisan kedua. Juga terdapat peti ais mini bersaiz 9.1 liter untuk keperluan menyimpan air minuman ringan.

Trenkuasa Geely Galaxy M9 ini menggunakan padanan enjin 1.5 liter turbo bersama pek bateri litium besi fosfat yang dibekalkan oleh CATL. Varian peringkat permulaan mempunyai pek bateri 18.4 kWj dengan julat WLTC sejauh 85 km manakala varian mewah mempunyai pek bateri 41.46 kWj dengan julat WLTC sejauh 170 km. Penggunaan bahan api WLTC terendah setiap 100 km ialah 5.6 L. Sudah tentu model SUV ini akan menggunakan sistem hibrid Leishen AI Hybrid 2.0 EM-P terkini.

Mempunyai kuasa pecutan 0 ke 100 km/j sekitar 4.5 dilihat cukup memadai untuk membawa badan SUV yang besar ini dengan pantas dan lancar.

BACA : GEELY GALAXY A7 BAHARU – REBADGE JADI PROTON PERDANA PUN SEDAP JUGA NI KAN

BACA : GEELY PERKENALKAN VARIAN BAHARU GALAXY E5 – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 610KM

 

Google ads

B K

Back to top button