
BENTAYGA EWB DENGAN WARNA CANDY PINK SATU SAHAJA DI DUNIA. ANDA PUN BOLEH TEMPAH DENGAN MULLINER KALAU NAK
Apakah yang terjadi apabila sejumlah 46 billion kombinasi warna yang ada terdapat dalam palet warna Bentley tidak memenuhi kehendak pembeli, maka Mulliner yang cukup terkenal akan penghasilan model Bentley secara Bespoke ada penyelesaiannya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih unik dan ada hanya satu sahaja di dunia.
Selepas memiliki beberapa buah Bentley, seorang pelanggan Amerika mahukan kereta baharu mereka dalam warna yang tepat dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu. Mulliner gembira untuk memenuhi impiannya terhadap model miliknya, Bentayga Extended Wheelbase (EWB) untuk dilayangkan dengan warna yang cukup menarik perhatian masyarakat, Candy Pink.

Bukan sahaja bahagian luaran yang berwarna cukup ceria ini malah ruangan kabin juga menerima kesan aksen yang serupa dengan penggunaan kulit Cherry Blossom dan sulaman Bentley Wings pada tempat duduk.
Pelanggan juga telah memilih Mulliner Bottle Cooler dengan pintu yang boleh ditutup secara lembut dan dipasang pada bahagian sebelah tempat duduk belakang.
Untuk rekod, model Bentley Bentayga ini adalah merupakan salah satu contoh trend terkini membabitkan 70% para pemilik yang mahukan sentuhan unik bespoke daripada Mulliner untuk dihasilkan terhadap kenderaan mereka setidaknya membabtikan satu ciri dihasilkan.

Untuk model istimewa pelanggan ini, kepakaran pasukan Mulliner, visi pelanggan dihidupkan menggunakan Candy Pink dan Blackline Specification memberikan kontras kontemporari dengan bahagian luar kereta. Pemegang pintu, paip ekzos ekzos, bezel lampu, matriks dan jeriji bawah, rel bumbung dan lubang sayap semuanya dikemaskan dalam warna hitam berkilat, dengan kaca privasi belakang berwarna melengkapkan rupa luaran yang dramatik.
Bahagian dalamannya adalah hasil kerja tukangan yang unggul, menggunakan kulit dan benang Cherry Blossom untuk tampil serupa bahagian luar kereta. Kulit Cherry Blossom digunakan pada tempat duduk, konsol tengah, pintu, tuil gear dan stereng. Bentayga EWB mengambil masa kira-kira 132 jam untuk dihasilkan, yang mana 24 jam diperlukan untuk mengecat badan dengan warna putih, dan 18 jam lagi untuk menghasilkan panel trim dan set kayu untuk kabin yang cantik.

Model ini juga dilengkapi dengan tempat duduk barisan kedua dengan spesifikasi pesawat mewah yang canggih pertama kali dipasang pada kenderaan ini lengkap dengan fungsi 22 cara pelarasan dan sistem pengesan iklim auto dan teknologi pelarasan postur. Sistem ini boleh menggunakan 177 perubahan tekanan individu merentasi enam zon tekanan bebas sepenuhnya dalam tempoh tiga jam untuk meningkatkan keselesaan dan meminimumkan keletihan sepanjang perjalanan.
Selepas beberapa kemasan yang dibuat melalui Mulliner ternyata pembelinya cukup berpuas hati dengan hasilnya. Barulah satu satunya Bentayga dengan spesifikasi unik dan warna yang unik ada satu sahaja di dunia ini kan?
BACA : BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI
BACA : BENTLEY BENTAYGA EWB AZURE 2023. AIRLINES SEAT, 542HP/770NM, BERMULA RM1.01 JUTA

