Buletin

GEELY TERUS UNGGUL DENGAN JUALAN LEBIH 1.5 JUTA KENDERAAN PADA 2018

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Geely Auto Group (Geely Auto) telah melaporkan jualan tahunan sebanyak 1,500,838 unit pada 2018, peningkatan sebanyak 20.3% daripada tahun sebelumnya. Tahun ini juga merupakan kali pertama Geely Auto telah mecapai jualan melebihi 1.5 juta unit, mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta China yang paling laris untuk kereta penumpang.

JUALAN DIDORONG OLEH SEGMEN SUV

Pada tahun 2018, Geely menjual lebih daripada 857,922 SUV yang menyumbang 57% daripada jumlah jualan Geely, seterusnya menjadi peneraju dalam segmen ini. SUV yang paling laris, Bo Yue (Proton X70) mencecah jualan sebanyak 255,695 unit pada 2018 dengan purata jualan bulanan lebih daripada 20,000 unit.

Secara keseluruhannya model popular tersebut telah terjual lebih 650,000 unit sejak dilancarkan pada Mac 2016. Selain itu, Emgrand GS, model crossover China pertama mencapai jualan sebanyak 157,638 unit pada 2018, manakala Vision VV SUV dan Vision X3 mencapai jualan 113,309 dan 116,944 unit masing-masing sepanjang tahun 2018.

Crossover pertama Geely pada pelantar BMA yang baru, Bin Yue yang dilancarkan pada bulan Oktober 2018 terjual sebanyak 23,361 unit dalam masa yang singkat di pasaran.

PASARAN SEDAN YANG BERKEMBANG

Dalam segmen sedan, Bo Rui GE mencatat jualan 44,299 unit, peningkatan 4% berbanding tahun lalu. Emgrand Baru terus menjadi sedan paling laris di China untuk tahun ke 7 berturut-turut dengan keseluruhan 246,933 unit.

Vision Sedan terjual sebanyak 143,851 unit, mempamerkan pertumbuhan yang kukuh. Emgrand GL pula terjual sebanyak 148,531 unit, peningkatan sebanyak 20% dalam segmen sedan di China yang paling kompetitif.

Sedan pertama Geely berdasarkan senibina BMA, Bin Rui, terjual sebanyak 33,084 unit dalam tempoh empat bulan ia berada di pasaran pada 2018.

LYNK & CO

Jenama premium Geely Auto Group, LYNK & CO, mempunyai prestasi kukuh pada 2018 – tahun penuh pertama jenama itu berada di pasaran.

Jualan LYNK & CO mencapai lebih daripada 10,000 unit selama 6 bulan berturut-turut, menjual lebih 120,414 unit sepanjang 2018. Model pertama LYNK & CO, 01, dijual 89,405 unit pada 2018, 02 menyertai barisan LYNK & CO lewat 2018 yang mencatat 21,751 unit jualan setakat ini dan pada Oktober 2018, 03 sedan dilancarkan, terjual sebanyak 9,258 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan yang telah di pasaran.

KENDERAAN TENAGA BAHARU

Kemasukan penuh Geely Auto Group ke era kenderaan tenaga baru telah dimulakan pada tahun 2018 dengan pelancaran beberapa model termasuk Emgrand EV450, Bo Rui GE, Emgrand GSe dan LYNK & CO 01 PHEV yang menawarkan penyelesaian mobiliti elektrik.

Pada tahun 2018, penjualan kenderaan elektrik elektrik elektrik Geely mencapai 68,549 unit.

 

Tags
Google ads
Back to top button
Close