" "
Buletin

GENERASI KEDUA TOYOTA 86 AKAN DIPERKENALKAN PADA 2019

Kita semua tahu, Toyota menerusi model 86 telah mencetus fenomena kereta sports kompak mampu milik di seluruh dunia. Ia menjadi kereta kegemaran para drifter, petak pertandingan autoshow, pameran automotif modifikasi dan juga kereta yang dianggap sempurna dari segi pembahagian berat dan pengendalian.

BACA – TOYOTA 86 DENGAN ENJIN NISSAN GT-R!

BACA – LELAKI INI MILIKI 5 BUAH AE86

toyota-86-4

Jualannya juga bagus, jadi menggantikan model yang telah 4 tahun berada di pasaran adalah persediaan yang sedang dilakukan oleh Toyota. Model ini pertama kali dilancarkan pada 2012 dan menerima facelift pada awal tahun ini.

Jika mengikut proses biasa kitar model jenama Jepun, 86 akan mendapat model gantiannya pada 2018. Namun menurut Karl Schlicht dari Toyota Eropah, generasi kedua 86 akan digantikan selewat-lewatnya pada awal 2019.

Seperti yang kita sedia maklum, model Toyota 86 dibangunkan bersama dengan Subaru (BRZ). Ia sebenarnya diproduksi 100 peratus oleh Subaru. Jadi adakah mereka akan teruskan kerjasama ini?

Menurut Schlicht, mereka sudah mempunyai keserasian bersama. Membangunkan bersama Subaru adalah pilihan terbaik mereka buat masa ini.

Tak ada apa yang kami harapkan dari kereta ini sebenarnya. Cuma lebih bagus kalau dipasangkan dengan boxer+turbo. 86 memang cemerlang pengendaliannya tapi lemau dari segi kuasa. Kalau boleh buat enjin 200hp dan 350Nm tork memang terbaik!

 

Google ads
Back to top button