Artikel Pilihan

MG HS – SUV KEMEGAHAN MG MOTOR

Jenama MG Motor ini barangkali sedikit asing di pendengaran telinga orang kita. Mungkin ada dikalangan kita mengetahui MG Motor ini adalah antara jenama ikonik dari United Kingdom. Dan mungkin juga ada sebilangan diantara kita yang mengetahui bahawa MG Motor ini sebenarnya sudah ber’bin’kan SAIC Motor.

Dan MG Motor pasca pengambilalihan daripada keluarga angkat SAIC Motor yang berasal dari China ini, sebenarnya sangat aktif dalam menghasilkan model – model terkini, baik untuk pasaran Eropah mahupun untuk pasaran CDM (China Domestic Model – bukannya CDM masuk duit tu ya). Kini, MG Motor telah pun memperkenalkan sebuah SUV Kemegahan mereka yang baharu, MG HS.

Model yang diangkat sebagai model kemegahan bagi MG Motor ini merupakan SUV mewah khusus untuk golongan berkeluarga yang turut juga mahukan sebuah SUV yang kelihataan ‘sporty’ dalam masa yang sama. Jelas sekali penampilan luaran MG HS ini menampilkan rekaan gril umpama bintang di angkasa disamping logo MG Motor yang menyerlah di atasnya.

Ruangan enjinnya pula dilengkapi nadi yang bersesaran 1.5 liter berserta pendesak Turbo yang dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar auto (DCT) ataupun kotak gear manual enam kelajuan. Enjin berkuasa itu mampu menghasilkan kuasa 160 bhp. Memadai untuk mencatat masa dibawah 10 saat bagi mencapai kelajuan 62 mph (100 km/j). Varian DCT turut didatangkan dengan opsyen pemanduan Eco, Normal & Sport yang mana tetapan boleh dipilih dengan hanya menekan butang kawalan di stereng sahaja,

Bahagian ruang dalaman MG HS ini turut menampilkan ciri mewah dengan menggunakan upholsteri kulit pada tempat duduk. Barulah selesa. Manakala jelas terpampang adalah unit infotaiment yang bersaiz 10.1 inci memberikan penglihatan yang lebih jelas sewaktu menggunakan sistem navigasi. Turut tersedia adalah fungsi Apple CarPlay / Android bagi memberikan kesinambungan diantara telefon pintar dan juga kenderaan. Nak layan muzik pun sedap juga apatah lagi dengan penggunaan enam speaker bagi sistem bunyi MG HS ini.

Ruangan tempat duduk belakang pun sebenarnya cukup selesa seandainya tiga penumpang menumpang. Jelas sekali ukuran 4,574mm panjang, 1,876mm lebar dan 1,664mm tinggi ianya merupakan sebuah SUV bersaiz penuh yang cukup ideal hatta untuk membawa lima penumpang dewasa sekali gus. Nak layan bulan dan bintang di malam hari pun tiada masalah apabila penggunaan bumbung panorama turut digunakan.

Sebagai sebuah model kemegahan, MG HS ini turut dilengkapi dengan sistem MG Pilot. Sebuah sistem pemanduan yang dapat membantu pemandu untuk mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini. Di antara ciri yang ada pada MG Pilot ini adalah sewaktu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, kenderaan boleh dikawal secara auto sewaktu memandu di bawah kelajuan 35 mph (56.327 km/j) ianya mampu meluncur semula pada kelajuan yang telah ditetapkan sebelumnya (auto cruise).

Walaupun MG HS didatangkan dengan beberapa ciri mewah, namun harga yang ditawarkan kepada pembeli sebenarnya boleh dikatakan mampu milik juga. Varian tertinggi MG HS ini cuma berharga £22,995 (RM123,395.77). Macam boleh beli aja kan? Kalau duduk UK sana la.

BACA : TATA MOTORS NAFI MAHU JUAL JAGUAR LAND ROVER

BACA : EX CEED TXL – SUV MEWAH DARIPADA CHERY

Google ads

B K

Back to top button