
MAZDA HASILKAN 6 PATEN BARU ENJIN ROTARI. PENGGANTI MAZDA RX-8?
Laman sesawang automotif CarBuzz secara tidak sengaja menemui 6 fail paten yang dikemukakan oleh Mazda Motor Corporation pada awal bulan Jun 2023. Kesemua fail faten memberi fikus pada pembangunan enjin rotari 2 rotor. Rekaan 2 rotor adalah lebih praktikal berbanding 1 rotor yang digunakan oleh Mazda MX-30 e-SkyActive R-EV plug in hybrid
3 daripada paten ini (Paten 1, Paten 2, dan Paten 3) adalah paten yang memberi perhatian khusus pada rekaan rotor itu sendiri. Matlamat rekaan paten ialah “meningkatkan kecekapan bahan api pada enjin rotari” seperti yang tertulis pada permulaan fail paten.
Pada setiap fail, rekaan permukaan rotor pada setiap fail direka seperti berlekuk ke dalam dengan rekaan yang berbeza antara sat sama lain dari segi panjang, lebar dan kedalaman lekukan rotor.

Apabila rekaan lekukan ini berubah, ia akan mengubah rekaan dan saiz kebuk pembakaran dimana kebuk pembakaran ini akan melalui bukaan udara dan bajan api dan dinyalakan dengan palam pencucuh
Fail paten ini juga menerangkan geometri kebuk pembakaran ini akan mempengaruhi masa pencucuhan, masa pengembangan api ketika pembakaran dimulakan serta menurut Mazda mereka juga boleh memendekkan masa pencucuhan atau melambatkan masa pencucuhan bagi meningkatkan kecekapan thermal enjin rotari.
Geometri kebuk pembakaran ini juga bukan sahaja akan melajukan proses pembakaran dan pengembangan api, serta memastikan campuran udara dan petrol terbakar dengan sempurna sebelum kebuk pembakaran beralih ke exhaust port, tapi menghalang haba dan gas ekzos terhasil sekiranya pembakaran tidak sempurna terjadi.

Mazda menghasilkan rekaan kebuk pembakaran ini dengan permukaan yang melengkung bagi mengurangkan isu kecacatan rekaan pada enjin rotari. Permukaan yang melengkung ini akan menyebabkan kebuk pembakaran menjadi semakin menyempit apabila menghampiri Top Dead Center ketika lejang pencucuhan berlaku
Dengan ini campuran udara dan bahan api mengekalkan nisbah yang sesuai, boleh dibakar dengan leaner mixture dan mengurangkan kebocoran gas iaitu masalah biasa yang dihadapi oleh enjin rotari. Mazda juga menghasilkan lekukan pada rekaan rotor yang lebih lebar, leboh dalam menghala ke tengah rotor dan mengubah lekukan pada permukaan blok enjin menjadi lebih cetek
Keadaan ini menyebabkan proses pelepasan tekanan dan menambahkan tekanan pada campuran udara dan bahan api. Dengan mengbah tekanan campuran udara dan bahan api ketika proses pembakaran berlaku, Mazda hanya memerlukan satu palam pencucuh sahaja berbanding rekaan sebelum ini yang memerlukan 2 peringkat pembakaran dan 2 palam pencucuh yang membazirkan haba dan bahan api

Rekaan apten ini juga menyentuh fungsi EGR (exhaust gas residual) bagi mengurangkan gegaran pada enjin. Fail paten juga ada menunjukkan komponen air intake, butterfly valve throttle body, dan sistem injap EGR untuk kegunaan enjin rotari
Fail paten juga menerangkan bagaimana rekaan sistem EGR mesti diperkukuhkan bagi menghadapi gegaran yang dihasilkan oleh enjin rotari, memastikan kelancaran udara dan membantu aspek NVH. Apa yang pasti rekaan Mazda pada enjin rotari baru ini cuba menghapuskan masalah biasa yang dihadapi oleh enjin rotari iaitu meningkatkan kecekapan enjin dan mengurangkan pelepasan gas berbahaya



