
GOCAR MALAYSIA PERLUAS PILIHAN DENGAN NISSAN KICKS e-POWER
GoCar Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai penyedia mobiliti pintar dan mesra alam dengan menambah satu lagi model baharu ke dalam barisan kenderaannya – Nissan KICKS e-POWER.
Langkah ini memperlihatkan usaha berterusan GoCar dalam memperluaskan pengalaman pemanduan elektrifikasi kepada lebih ramai pengguna di seluruh negara.
Melalui kerjasama strategik bersama Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia, pengguna kini boleh mencuba sendiri teknologi e-POWER yang unik.

Teknologi ini menawarkan pecutan pantas seumpama kereta elektrik, namun dengan kemudahan tangki petrol sebagai sumber tenaga – menghasilkan kecekapan bahan api yang menakjubkan tanpa keperluan mengecas bateri.
“Nissan KICKS e-POWER benar-benar melambangkan visi kami untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang lebih pintar dan mesra alam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Mobility Sdn Bhd, Wong Hoe Mun.
“Dengan kadar serendah RM17.90 sejam, model ini sangat sesuai untuk pemanduan bandar dan kami mengalu-alukan orang ramai untuk merasai sendiri keunikan teknologi ini melalui GoCar.”

Sebagai insentif tambahan, Nissan Malaysia turut menawarkan peluang untuk memenangi pembersih hampagas mudah alih! Dari 11 April hingga 31 Julai 2025, pengguna hanya perlu:
- Tempah dan pandu Nissan KICKS e-POWER melalui aplikasi GoCar.
- Kongsi pengalaman pemanduan di Facebook atau Instagram.
- Tag @NissanMalaysia serta gunakan hashtag #NissanKICKS dan #ePOWER.
- Hantar penyertaan dan menangi hadiah menarik!
Nissan KICKS e-POWER merupakan SUV kompak yang direka untuk gaya hidup urban moden. Antara ciri menarik yang ditawarkan termasuk:
- Teknologi e-POWER – Sistem pemanduan pacuan motor elektrik sepenuhnya, di mana enjin petrol berfungsi sebagai penjana kuasa sahaja.
- Jarak perjalanan sehingga 900km – Gabungan penjimatan bahan api dan jarak perjalanan jauh.
- Mod e-Pedal Step – Memudahkan kawalan dalam trafik dengan pengurangan keperluan untuk membrek kerap.
- Pecutan serta-merta & penjimatan bahan api – Pemanduan lancar dengan kecekapan enjin yang tinggi.
- Pemanduan senyap – Suasana kabin yang lebih tenang dan selesa untuk pengalaman memandu yang menyenangkan.
SUV pintar ini kini boleh didapati melalui platform GoCar Sharing tanpa memerlukan kod promosi, dengan harga bermula dari RM17.90 sejam.
Muat turun aplikasi GoCar di Apple App Store atau Google Play Store dan alami sendiri kehebatan Nissan KICKS e-POWER.
Untuk maklumat lanjut, layari https://new.gocar.my atau ikuti saluran media sosial GoCar Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.
- BACA: TEMPAHAN HONDA e:N1 KINI DIBUKA – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 500KM, LANCAR SUKU KEDUA 2025
- BACA: LAND ROVER DEFENDER V8 TIBA DI PASARAN MALAYSIA – JANA 525PS, HARGA BERMULA RM998K
- BACA: TEMPAHAN GWM TANK 500 HEV KINI DIBUKA – HARGA BAWAH RM350K
- BACA: TARIF AS PAKSA PENGELUAR AUTOMOTIF HENTIKAN PENGHANTARAN








