Buletin

GOODYEAR EAGLE F1 ASYMMETRIC 3 – TAWAR PENGALAMAN PEMANDUAN LUAR BIASA

Goodyear hari ini melancarkan tayar premium terbaharunya, Eagle F1 Asymmetric 3 ke pasaran tempatan. Tayar sport premium itu menawarkan ketahanan 31 peratus lebih baik dan jarak membrek lebih pendek.

Menjadi pilihan OEM termasuklah digunakan pada Jaguar XF, tayar tersebut menjanjikan prestasi membrek, pengendalian responsif dan kawalan terbaik sama ada di atas permukaan kering atau basah.

Pasaran tayar sport premium dillihat terus berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak enam peratus dari tahun 2016 hingga 2020 di Asia Pasifik.

Tayar Eagle F1 Asymmetric 3 hadir bersama beberapa teknologi baru. Teknologi Grip Booster mempunyai kompaun peningkat cengkaman dan resin pelekat untuk menawarkan jarak membrek lebih pendek serta pengendalian lebih baik.

Teknologi Active Braking meningkatkan permukaan dan cengkaman ketika membrek. Manakala teknologi binaan baru yang telah diperkuatkan pula memastikan tayar yang lebih kukuh dan ringan. Seterusnya menambah baik aspek pengendalian, lebih yakin ketika mengambil selekoh, mengurangkan kadar kehausan bunga tayar dan menjimatkan bahan api.

Tayar itu telah diuji oleh badan bebas, DEKRA yang menunjukkan bahawa aspek kehausan tayar dan prestasinya adalah lebih baik berbanding tayar premium lain di pasaran.

Eagle F1 Asymmetric 3 dikatakan mampu menawarkan perbatuan ekstra sehingga 11,500km atau 31 peratus tahan haus. Dari segi jarak membrek pula, tayar tersebut mencatatkan jarak 2.6 meter lebih pendek di atas jalan basah dan 1.3 meter (jalan kering).

Kami sempat menguji keupayaan tayar Eagle F1 Asymmetric 3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pagi tadi. Dibahagikan kepada tiga bahagian, ujian yang dimaksudkan ialah slalom, membrek di permukaan basah dan menguji pengendalian di litar pada kelajuan tinggi.

Walaupun tempoh ujian agak singkat, namun kami dapat merasai sendiri keupayaan tayar ini dalam mengendalikan setiap tugasan dengan cemerlang.

Jika berminat, Eagle F1 Asymmetric 3 ditawarkan pada harga bermula RM688 hingga RM1,82- seunit. Tayar premium itu juga sudah boleh didapati dalam saiz 17 hingga 20 inci (34 saiz semuanya) di Goodyear Autocare, Servitekar dan pengedar sah Goodyear di seluruh negara.

BACA: PENEMUAN TERBARU – BINA TAYAR KENDERAAN DARIPADA SISA MAKANAN

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button