
GR SUPRA SAH DAPAT TRANSMISI MANUAL
Nampaknya, para peminat Toyota di Amerika Syarikat bakal bergembira sakan selepas kecewa tidak mendapat model GR Yaris.
Ini kerana bukan satu, tapi tiga buah model bertransmisi manual yang bakal memeriahkan pasaran jentera pantas di negara tersebut, dimulakan dengan GR86, GR Corolla yang baharu sahaja muncul, serta sebuah lagi jentera iaitu GR Supra.
Laman Facebook Toyota USA mengesahkan perkara tersebut menerusi satu keping gambar acah yang dimuatnaik memaparkan tiga pedal, di mana penawaran transmisi manual ini dikatakan khusus untuk model GR Supra dengan enjin enam silinder sebaris sahaja.
Difahamkan, transmisi manual untuk GR Supra ini dibangunkan sendiri oleh Toyota tanpa meminjam mana-mana komponen daripada model BMW.
Pelancaran GR Supra bertransmisi manual ini dijangka mengambil tempat pada 28 April ini.