
HONDA INSIGHT TAMAT PRODUKSI TAHUN INI, DIGANTIKAN DENGAN CIVIC HIBRID
Generasi ketiga Honda Insight merupakan model kereta hibrid yang dijual oleh Honda untuk pasaran Amerika Syarikat yang menggunakan asas daripada Civic generasi ke-10/
Namun baru-baru ini, Honda membuat keputusan untuk menamatkan penawaran model Insight selepas akhir tahun ini demi memberikan laluan kepada model hibrid tulen seperti CR-V hibrid dan Accord hibrid.
Model Insight ini akan digantikan secara terus oleh model Civic Hibrid yang juga bakal diperkenalkan kelak di pasaran tersebut.

Terdapat kemungkinan penawaran Civic Hybrid di Amerika menyamai spesifikasi yang ditawarkan di pasaran Eropah, di mana Civic e:HEV pasaran Eropah didatangkan dengan nadi 2.0 liter kitaran Atkinson dan padanan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 181 hp dan 315 Nm.
Honda Insight sebelum ini hadir dengan nadi 1.5 liter (dan dua motor elektrik) dengan output kuasa 151 hp dan 258 Nm, dan lebih daripada 70,000 unit Insight generasi ketiga telah pun terjual sejak tahun 2018.







