Artikel Pilihan

83 PERATUS PEMBELI WRX TURUT PILIH TRANSMISI MANUAL – MESTI LA, KERETA POWER KAN?

Nampaknya kereta dengan gear manual masih ada peminatnya khususnya untuk model-model yang berkuasa. Buktinya 83 peratus Subaru WRX yang dijual di Amerika Syarikat tahun ini ialah varian manual enam-kelajuan.

Ia satu peningkatan kerana tahun sebelumnya varian manual menyumbang kepada 79 peratus jualan WRX. Makin bertambah ada la peminat varian manual. Mungkin sebab diorang tak pandu balik raya ikut Gua Musang kot.

Laman web Motor1.com sebelum ini pernah membuat tinjauan pasaran varian manual dengan pengeluar-pengeluar kenderaan di AS. WRX merupakan juara pasaran gear manual diikuti BRZ dan Pagani Utopia. Utopia tak boleh dikira sangat sebab jumlah pasaran yang terlalu kecil. Varian manual lain yang mencatatkan peratusan jualan lebih 50 peratus ialah Mazda Miata dan Mini JCW.

Ini berita baik bagi peminat transmisi manual macam kami dan setengah pemandu di luar sana. Memang kami pun ada kereta gear auto tapi untuk sekali sekala lepas gian memang gear manual menjadi pilihan. Kancil EX 660 pun tak apa asalkan manual.

Asalkan ada spesis macam kami ni rasanya pengeluar kenderaan tak akan berhenti keluarkan kereta dengan kotak gear manual. Eh Axia Rahmah ada stok lagi ke?

Google ads
Back to top button