Artikel Pilihan

ENJIN 6 SILINDER SEBARIS, ENJIN TERAKHIR YANG DIBANGUNKAN MAZDA

Mazda merupakan antara pengeluar automotif yang masih lagi berdegil dengan membangunkan enjin baru terutama enjin 6 silinder sebaris dan juga beberapa khabar angin mengatakan Mazda giat menjalankan kajian terhadap enjin rotari yang baru.

Situasi ini jelas menunjukkan Mazda tidak terburu buru terjun dalam teknologi kereta elektrik dan yakin enjin baru buatan mereka dengan teknologi hibrid PHEV masih mampu melepasi ujian pelepasan asap di beberapa negara Eropah

Sebagai contoh SUV terbaru Mazda iaitu CX-60 dan juga CX-70 dikuasakan dengan enjin 3300cc 6 silinder sebaris terbaru yang dibangunkan oleh Mazda. Namun Joachim Kunz, Pengurus Kanan Pusat Pembangunan Teknikal Mazda Eropah mengatakan enjin 6 silinder sebaris ini adalah enjin pembakaran dalam Mazda yang terakhir.

Kunz dilaporkan bercakap kepada Automotive News Europe “kemungkinan besar enjin ini adalah enjin pembakaran dalam terakhir” dan ia merujuk secara khusus kepada enjin 6 silinder turbodiesel. Tapi enjin 6 silinder ini memang dibina bagi mematuhi peraturan pelepasan asap yang paling ketat buat masa sekarang.

Bagi mengurangkan pelepasan gas Nitrogen Oksida, Mazda akan merendahkan suhu pembakaran dengan membesarkan saiz enjin dan secara tak langsung akan mengurangkan pembaziran tenaga haba selain menghasilkan kuasa enjin yang lebih bagus.

Bagi enjin rotari pula, ia akan dihasilkan khusus sebagai range extender bagi beberapa buah model kereta elektrik buatan Mazda. Malah Mazda sendiri telah menfailkan beberapa paten dan tanda dagang berkaitan dengan enjin rotari ini. Sesetengah pemerhati mengatakan ia bakal dipadang pada Mazda Miata nanti

Enjin turbodiesel 3300 6 silinder Mazda ini dihasilkan khusus bagi platform pacuan belakang dan menerima beberapa teknologi elektrifikasi yang lain termasuklah pilihan mild hybrid dan juga PHEV serta dikatakan juga bakal menerima pilihan turbo berkembar

Google ads
Back to top button