Artikel Pilihan

GRABFOOD DENGAN KERUSI RODA. WANITA INI BUKTIKAN KECACATAN BUKAN PENGHALANG

Sumaiyah Ghazali, pengguna kerusi roda yang bekerja untuk GrabFood Singapura, menjadi viral selepas wawancara beliau dengan Berita Harian Singapura, di mana beliau berkongsi kenapa dia bertekad untuk bekerja walaupun dengan kekurangan yang ada.

Dalam temu bual tersebut, Sumaiyah terlebih dahulu memberitahu beliau sebenarnya bukanlah datang dari keluarga yang susah kerana adik-beradiknya mempunyai pekerjaan yang bagus dan mampu menanggungnya, namun beliau mendapat motivasi dalam pekerjaannya sekarang sebagai penghantar makanan kerana ia membolehkannya memperoleh pendapat sendiri dan berdikari.

“Sekurang-kurangnya ketika saya bekerja, saya dapat memberi makanan kepada ibu bapa. Jika saya tidak bekerja dan hanya adik-beradik saya bekerja, saya merasa … tidak membantu.

Wanita berusia 40 tahun yang menghidap cerebral palsy, mendedahkan bahawa dia pernah bekerja di pejabat sebelum menyertai GrabFood Singapura kira-kira empat bulan yang lalu, tetapi ada rakan sekerjanya tidak sabar dengannya.

“Saya biasa bekerja di pejabat, tetapi jari saya sebenarnya lemah jadi kadang-kadang kertas akan jatuh ke mana-mana di lantai dan kemudian orang biasa tidak sabar.

“Anda tahu, orang biasa tidak sabar dengan orang seperti saya,” katanya dalam video itu.

Sumaiyah berkongsi antara cabarannya ialah memastikan makanan dihantar tepat pada waktunya.

Selain bergerak dengan kerusi roda, Cik Sumaiyah juga menggunakan pengangkutan awam bagi tempat jauh seperti di luar kawasan kediamannya di Tampines.

Beliau pernah menerima aduan kerana terlambat menghantar makanan, namun setelah tiba ke destinasi, pelanggan itu berubah hati melihatkan keadaannya.

Kini, Cik Sumaiyah memastikan beliau memberitahu pelanggannya bahawa beliau kurang upaya bagi mengelak salah faham.

Semasa dia berkongsi kisahnya, Sumaiyah berpesan meminta pelanggan untuk bersabar dengannya dan meminta kerjasama mereka. “Saya akan cuba menghantar makanan secepat mungkin, terima kasih!” dia berkata dalam video itu sambil mengelap air mata.

KREDIT: BERITA HARIAN SINAGPURA

https://www.facebook.com/BeritaHarianSG/videos/2198557956890697/

Google ads
Back to top button