Buletin

SELEPAS 10 TAHUN, SEBUAH ACURA INTEGRA TYPE-R DITEMUI DI SEBALIK DINDING BANGSAL DI KANADA

Setiap kali melihat bangsal yang didindingnya ditutup menggunakan papan lapis, pasti kita tertanya-tanya apakah yang ada di sebaliknya. 

Di sebuah bangsal di Châteauguay, Quebec, Kanada apa yang tersimpan di sebalik dindingnya cukup istimewa, sebuah Acura Integra Type-R buatan tahun 2001.

Sedia maklum bahawa model-model JDM berprestasi tinggi ini sememangnya memiliki harga yang tinggi sekarang. 

Jadi, Integra Type-R itu ditawarkan pada harga CAD$29,900 (RM91,333) di laman ebay, satu harga yang boleh dianggap tinggi di sebuah negara yang harga kereta secara relatifnya adalah murah. 

Jentera yang ditemui itu nampaknya dibina untuk tujuan perlumbaan di trek kerana sistem pendingin hawa, penyerap bunyi dan radio telah dibuang. Apa yang tinggal ialah sepasang tempat duduk Recaro berwarna merahh dan stereng Momo. 

Enjin bersesaran 1.8 liter itu didakwa mampu menjana kuasa 195hp pada 8,000rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear manual lima kelajuan dan Helical LSD. 

Ia masih mengekalkan warna putih yang asal dan jarak perbatuan sudah mencecah 132,000km. 

Tags
Google ads
Back to top button