Buletin

GREAT BRITISH DEAL – MILIKI MINI DENGAN ANSURAN BULANAN SERENDAH RM2,388

Mulai hari ini sehingga 31 Disember, MINI menawarkan anda peluang untuk memiliki sebuah jenteranya menerusi satu tawaran hebat.

Dikenali sebagai  ‘The Great British Deal’, ia membolehkan anda memandu sebuah MINI dengan bayaran bermula RM2,388 sebulan menerusi MINI Balloon Financing. Ini merupakan ansuran bulanan rendah pada kadar faedah bermula 0.77 peratus.

Pelanggan juga akan menikmati rebat insurans bernilai RM2,000 bagi pembelian jentera MINI menerusi pelan pembiayaan tersebut.

Setiap pembelian mana-mana model jentera MINI yang dibuat sepanjang tempoh kempen membolehkan pelanggan menerima satu penyertaan automatik untuk satu peraduan di mana pemenang bertuah akan mendapat dua tiket pelancongan yang ditanggung sepenuhnya ke Great Britain.

Semua jentera MINI didatangkan dengan jaminan tanpa had perbatuan selama 4 tahun, servis percuma, bantuan tepi jalan 24 jam serta keahlian MINI Black Card.

Maklumat lanjut mengenai tawaran masa terhad ini boleh didapati di www.mini.my.

Google ads
Back to top button