
GST – HONDA TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM2,500!
Sempena pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa pada hari ini, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan bahawa model-model pemasangan tempatan (CKD) akan mengalami penurunan harga sebanyak RM500 sehingga RM2,500!
Ia melibatkan model-model seperti Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan HR-V. Perbezaan pengurangan harga ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri dan aksesori pada setiap model dan varian terbabit. Pendek kata, penjimatan daripada pelaksanaan GST akan disalurkan kepada para pelanggan Honda.
Namun begitu, berdasarkan kepada pengiraan GST import, harga Odyssey yang merupakan model import sepenuhnya (CBU) akan mengalami sedikit kenaikan di antara RM500-RM1,000.
“Dalam industri automotif, perbezaan harga kereta tidaklah semudah seperti 10 peratus tolak 6 peratus kerana ia melibatkan banyak faktor. Perbezaan utama dalam pengiraan cukai adalah kelainan pada asas yang boleh dikenakan cukai pada SST dan GST.
“Sebagai contoh, SST berasaskan kepada nilai pengedaran sesebuah kenderaan dan ia kemudian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus tidak termasuk margin pengedar, kos pengangkutan, yuran pengendalian, aksesori serta kos-kos pengedaran yang lain. Sedangkan pengenaan cukai GST pula berdasarkan kepada harga jualan akhir kereta di atas jalan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Menurut Ueno lagi harga alat ganti juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7% untuk semua model. GST bagaimanapun akan ditambah ke dalam kos buruh. Tetapi, memandangkan harga alat ganti telah dikurangkan, Honda Malaysia menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sebanyak dua hingga 4 peratus bergantung kepada model.
Harga di atas jalan sekarang dan harga pasca GST (Berkuat kuasa 1 April 2015)
MODEL HONDA |
semenanjung malaysia |
||
MODEL |
VARIAN |
Harga Di Atas Jalan Sekarang |
Harga Pasca |
Jazz |
1.5L S |
72,813.50 |
71,774.80 |
1.5L E |
79,813.50 |
78,756.80 |
|
1.5L V |
87,813.50 |
86,985.70 |
|
City |
1.5L S |
75,813.50 |
74,007.50 |
1.5L S+ |
78,813.50 |
77,124.40 |
|
1.5L E |
83,813.50 |
82,269.50 |
|
1.5L V |
90,813.50 |
89,467.80 |
|
HR-V |
1.8L S |
99,815.30 |
98,690.40 |
1.8L E |
108,815.30 |
108,027.10 |
|
1.8L V |
118,815.30 |
118,229.10 |
|
Civic |
1.8L S |
113,815.30 |
113,198.70 |
2.0L S |
125,815.30 |
124,780.30 |
|
2.0L Navi |
132,815.30 |
132,210.70 |
|
CR-V |
2.0L 2WD |
139,815.30 |
138,069.70 |
2.0L 4WD |
150,815.30 |
149,152.40 |
|
2.4L 4WD |
169,817.10 |
167,887.80 |
|
Accord |
2.0L VTi |
139,830.60 |
137,301.90 |
2.0L VTi-L |
149,830.60 |
148,200.60 |
|
2.4L VTi-L |
174,834.20 |
173,386.60 |
|
Odyssey |
2.4L EX |
228,023.00 |
229,030.60 |
2.4L EXV |
248,023.00 |
248,536.00 |
Honda Malaysia percaya bahawa ia dapat mengekalkan momentum positifnya sejak tahun lalu.
Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang kukuh dan harapan pasaran akan stabil selepas pengenalan GST, Honda yakin bahawa pihaknya mampu mencapai sasaran jualan untuk tahun 2015 dan mencipta impak terhadap pertumbuhan Honda di Malaysia pada masa akan datang.