Buletin

GUNA SETEL UNTUK “SETTLE”-KAN MATA GANJARAN MESRA PETRONAS

Setel – aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

Setel menjadikan pembelian bahan api yang mudah, lancar yang direka khas dan diintegrasikan terus ke pam bahan api.

Fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah  Setel untuk mengintegrasikan aspekpengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal.

Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.

“Memandangkan program kesetiaan Mesra terus menjadi pilihan ramai pengguna, ciri baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Setel sebagai penyedia peruncitan digital yang mudah.

“Pembayaran untuk bahan api serta penebusan mata ganjaran tak pernah semudah ini,” kata Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Bagi penebusan mata ganjaran Mesra, pelanggan perlu memaut dan mengaktifkan kad Mesra mereka di aplikasi Setel.

Pelanggan boleh menebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet Setel. Nilai kredit ini boleh digunakan untuk membeli bahan api dengan serta-merta. Selain itu, pelanggan juga diberi pilihan untuk menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus bahan api pada bila-bila masa di stesen PETRONAS.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, “Integrasi Setel dan Mesra pada satu platform mewakili satu lagi pencapaian besar bagi PETRONAS dalam memahami keperluan pelanggan serta membolehkan pelanggan untuk Move Like Never Before.

“Selari dengan perkembangan rangkaian peruncitan PDB, ciri-ciri baru seperti ini memainkan peranan penting menjana minat pelanggan, dengan menawarkan pembayaran bahan api serta penebusan mata ganjaran yang paling mudah dalam industri peruncitan bahan api.”

Pelanggan PETRONAS yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima 3 mata ganjaran bagi setiap liter bahan api yang dibeli. Ia merupakan kadar pertukaran yang tertinggi untuk program loyalty bahan api di Malaysia.

Sebagai contoh, pembelian 50 liter (RM2.08/liter) bahan api akan memberikan 150 mata ganjaran Mesra, yang boleh ditukarkan kepada bahan api bernilai RM1.50.

Setel boleh dimuat turun secara percuma menerusi  iOS dan Android melalui Apple Store dan Google Play. Kini, Setel boleh digunakan di 277 stesen PETRONAS di Lembah Klang.

Untuk senarai penuh stesen PETRONAS yang boleh menggunakan Setel, sila layari www.setel.my

Google ads
Back to top button