Buletin

UMW TOYOTA KESAL JALUR GEMILANG DIKIBARKAN TERBALIK

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini melahirkan rasa kesal terhadap insiden bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan secara terbalik di salah sebuah Pengedar Rasmi kenderaan Toyota.

Pihak syarikat maklum dengan perkara tersebut setelah dikongsi di media sosial oleh warganet yang perihatin.

Pihak UMW Toyota Motor memandang serius akan kejadian tersebut dan tiada berniat sama sekali untuk menghina bendera Jalur Gemilang mahupun negara Malaysia.

Ia adalah suatu kesilapan yang tidak disengajakan. Pengedar kami telah pun memperbetulkan kesilapan mereka dengan menurunkan bendera tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada warganet atas kejadian tersebut.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan warganet perihatin yang mengesan kesilapan tersebut dan seterusnya memberitaHu kami.

“Pihak kami telah memperbetulkan keadaan dan tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap Pengedar tersebut agar kejadian sama tidak berulang dimasa hadapan.

“Kami berasa sungguh kesal dan memohon maaf atas kejadian tersebut. Sebagai warga Malaysia, kami amat menghormati bendera Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara kita,” kata Ravindran K. Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Google ads
Back to top button