Buletin

SUPERCAR ELEKTRIK ASPARK OWL – 0-100KM/J DALAM MASA 1.921 SAAT, RM17.1 JUTA SEUNIT

Sebuah firma kejuruteraan kecil di Jepun dilapor berjaya menghasilkan sebuah jentera yang mampu mengalahkan kelajuan Tesla Roadster.

Diberi nama Aspark Owl, ia dikatakan berjaya mencatat pecutan dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang dua saat (1.921 saat). Jentera elektrik itu diperkenalkan buat pertama kalinya pada acara Frankfurt Motor Show 2017.

Menurut Aspark, kereta itu mula dibangunkan sejak tahun 2014 dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan gentian karbon. Manakala rim pula diperbuat daripada magnesium.

Ia dibekalkan dengan enjin berkuasa 430hp dan tork 764Nm. Dengan sekali caj, Aspark Owl boleh bergerak sejauh 150km sahaja. Bagi memberi cengkaman terbaik di atas jalan raya, Aspark Owl menggunakan tayar perlumbaan Hoosier.

Aspark dilapor telah mengadakan sesi ujian pecutan di bandar Kanuma, Tochigi, Jepun. Hanya seberat 850kg, jentera yang menggunakan sistam pacuan empat roda itu hadir dengan dua tempat duduk.

Aspark menyatakan bahawa jentera tersebut akan memulakan produksi tidak lama lagi. Hanya 50 unit akan dihasilkan, harga yang diminta adalah sekitar AS$4.4 juta (RM17.1 juta).

Google ads
Back to top button