Artikel Pilihan

HABUK TAYAR KERETA PUNCA LAUT TERCEMAR, TAYAR EV LAGI PALING TERUK

Walaupun asap ataupun ekzos merupakan salah satu elemen pencemar, faktor lain seperti tayar turut menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar menurut kajian terbaru. Faktor ini termasuklah habuk atau partikel daripada pelapik brek dan juga serpihan tayar.

Menurut kajian Yale Environment 360 menunjukkan bahawa serpihan tayar juga mengandungi bahan toksid yang tidak dikaji dengan serius sehingga pada hari ini. Malah lebih membimbangkan ialah pencemaran daripada tayar ini juga adalah serius sehingga iamungkin melebihi pencemaran daripada asap ekzos

Dalam kajian ekstensif pada tahun 2020, saintis mendapati terdapat pencemaran yang serius daripada pelupusan tayar berdasarkan kajian pada ikan salmon di sebelah pantai barat Amerika. Saintis menemui bahan kimia 6PPD yang digunakan untuk memperlahankan proses pereputan tayar,

Apabila terdedah kepada ozon, 6PPD akan bertukar kepada 6PPD-quinone, sangat toksid kepada ikan dan hidupan akautik. Malah lebih membimbangkan yang bahan kimia ini ditemui dalam air kencing manusia namun dapatan ini tidak mencari kesan kepada kesihatan manusia.

Penemuan 6PPD-quinone dalam alam sekitar ini mencetuskan tanda tanya berkenaan masalah pencemaran yang dihasilkan oleh partikel tayar dan juga brek. Dalam penghasilan tayar kenderaan, ia menggunakan sehingga 400 bahan kimia yang berbeza dengan hampir kesemuanya memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Kajian demi kajian yang dibuat mendedahkan lebih banyak kesan buruk pencemaran partikel tayar dan brek. Satu laporan daripada Pew Charitable Trust menemui 78% microplastik yang ditemui di lautan adalah berasal daripada getah sintetik yang digunakan untuk penghasilan tayar.

Microplastik ini akan dimakan oleh hidupan laut, menyebabkan masalah kesihatan, perubahan fizikal dan pertumbuhan yang cacat. Emission Analytic iaitu firma kajian kesihatan Britain menghabiskan masa selama 3 tahun turut menemui bukti bahawa sebuah kenderaan mampu melepaskan 1 trillion partikel bahan cemar tayar bagi setiap 1 kimometer pemanduan

Bahan cemar daripada tayar ini mampu memberi kesan negatif kepada jantung, paru-paru, tumbesaran kanak-kanak, sistem reproduktif manusia dan bersifat karsinogenik. Malah firma ini juga mendapati tayar kereta elektrik adalah 20% lebih mencemarkan alam berbanding dengan tayar kereta biasa.

Keadaan ini disebabkan kereta elektrik adalah berat, menghasilkan tork yang tinggi pada RPM rendah dan menghasilkan kuasa yang besar berbanding dengan enjin petrol

Partikel yang dihasilkan oleh tayar dan brek diukur dalam unit PM (particulate matter) dengan anggaran saiz pencemaran yang berlaku antara PM2.5 sehingga PM10. Angka ini sebenarnya melebihi pencemaran yang dihasilkan oleh asap kenderaan.

Salah satu isu yang menjadikan kajian pencemaran tayar adalah sukar disebabkan isu bagi mengumpul jumlah partikel yang dibebaskan oleh tayar dan brek semasa digunakan oleh kenderaan. Bagi menangani isu ini, blok Eropah akan meletakkan aspek pencemaran tayar dalam standard Euro 7 pada tahun 2025

Pihak berkuasa lain seperti EPA akan meminta pengeluar tayar menggantikan bahan 6DDP kepada bahan yang lebih mesra alam menjelang tahun 2024

Google ads
Back to top button