Buletin

CHERY TIGGO 9: PENDAFTARAN MINAT KINI DIBUKA – LANCAR TAK LAMA LAGI

Chery Malaysia kini membuka pendaftaran minat bagi SUV premium terbaharunya iaitu Chery TIGGO 9.

Model berkenaan hadir dengan enjin 2.0 liter turbo bersama sistem pacuan semua roda (AWD), selain dipadankan dengan tujuh mod pemanduan berbeza yang mampu menyesuaikan karakter kenderaan mengikut keadaan jalan serta gaya pemanduan pengguna.

Dari segi penampilan, TIGGO 9 menampilkan rekaan lebih elegan dengan penggunaan rim aloi 20-inci, manakala bahagian kabin pula dilengkapi skrin sentuh UHD bersaiz 15.6-inci beresolusi 2.5K.

Sistem infotainmen itu turut dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 bagi memastikan operasi lebih pantas dan responsif.

Untuk keselesaan penumpang, SUV ini menawarkan paparan Head-Up Display (HUD), tempat duduk pemandu larasan elektrik penuh serta tempat duduk premium dengan fungsi pengudaraan dan urutan bagi barisan hadapan serta barisan kedua.

Sistem audio premium daripada Sony dengan 14 pembesar suara turut disediakan bagi meningkatkan pengalaman hiburan dalam kabin, termasuk pembesar suara khas pada penyandar kepala untuk kualiti bunyi lebih jelas dan imersif.

Aspek keselamatan turut diberi perhatian menerusi pemasangan 10 beg udara bersama 23 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), sekali gus memberikan tahap perlindungan dan keyakinan lebih tinggi ketika memandu.

Pelanggan yang berminat untuk menjadi antara yang terawal memiliki TIGGO 9 boleh membuat pendaftaran minat menerusi laman rasmi Chery Malaysia.

Google ads
Back to top button