
HANKOOK TIRE MALAYSIA LANCAR TAYAR INOVATIF – ION EVO DAN VENTUS PRIME 4
Hankook Tire Malaysia baru-baru ini melancarkan dua tayar inovatif iaitu iON EVO dan Ventus Prime 4.
Menurut Hankook Tire, tayar siri iON evo dicipta khas untuk kenderaan elektrik (EV) dan dibangunkan khusus untuk menawarkan prestasi terbaik dari segi pengendalian, jarak perjalanan, rintangan golekan yang rendah serta memberikan cengkaman di atas permukaan basah.
iON evo boleh didapati dalam 4 saiz bermula 18 hingga 21 inci, manakala satu lagi, iON evo SUV hadir dalam 4 saiz bermula 19 hingga 22 inci.

Tayar-tayar ini diperbuat daripada kompaun silika berkonsentrasi tinggi dan bahan mesra alam bagi meningkatkan aspek ketahanan serta reka bentuk yang ideal.
Tambahnya, ciri ini membolehkan jangka hayat bunga tayar tahan lebih lama dan tidak perlu menukar tayar dengan kerap.
Teknologi EV Contour daripada Hankook Tire berupaya meningkatkan ketegaran ketika mengambil selekoh sebanyak 10 peratus.
Tali sawat yang telah diperkukuhkan juga digabungkan dengan gentian ‘Aramid’ termaju. Ia digunakan untuk menambah baik prestasi stereng ketika dipandu pada kelajuan tinggi.
Bukan itu sahaja, tayar iON evo dan iON evo SUV direka untuk disesuaikan dengan karekter EV yang mempunyai bateri 30 peratus lebih berat dan tayar 20 peratus lebih cepat haus berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Selain itu, tayar iON evo dan iON evo SUV turut didatangkan dengan teknologi Hankook Sound Absorber™ bagi mengomtimumkan penjujukan multi- bunyi.
Beralih pada produk kedua pula, Ventus Prime 4 adalah inovasi tayar terkini Hankook Tire untuk kenderaan ICE.
Tayar baharu berkenaan merupakan penambahbaikan generasi daripada siri tayar Ventus Prime yang menawarkan gabungan optimum di antara aspek prestasi, keselamatan, keselesaan serta ketahanan.
Untuk rekod, tayar Ventus Prime 4 dengan varian SUV boleh didapati dalam 5 saiz bermula 15 hingga 19 inci.
Melihat dengan lebih teliti, kompaun bunga tayar Ventus Prime 4 mengandungi kandungan silika baharu di mana ia akan mengeras pada suhu rendah sebanyak dua kali lebih lama berbanding tayar biasa.
Ini akan meningkatkan gabungan di antara molekul, sekali gus mengukuhkan lagi ketegaran blok bunga tayar, seterusnya mengurangkan haus dan rintangan golekan.
Corak bunga serta kontur tayar Ventus Prime 4 telah dioptimum untuk mencapai titik sentuhan yang lebih tepat. Ia juga dilengkapi dengan talisawat lebih kukuh, yang dilindungi sepenuhnya
Dengan semua ciri novatif ini, tayar Ventus Prime 4 menawarkan ketahanan jauh lebih baik, selain pengalaman pemanduan lebih selesa.
GALERI:




- BACA: GOODYEAR LANCAR TAYAR ELECTRICDRIVE, DIREKA UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK
- BACA: NGILU TENGOK BUGATTI CHIRON BERGERAK DENGAN RIM TANPA TAYAR
- BACA: TOYO TIRES LANCAR TAYAR BERPRESTASI TINGGI PROXES SPORT 2. PILIHAN 31 SAIZ, BERMULA RM700 HINGGA RM1.3K SEUNIT
- BACA: KENAPA BMW MENGGUNAKAN SAIZ TAYAR YANG BERBEZA ANTARA DEPAN & BELAKANG?



