Buletin

VAN TERLIBAT KEMALANGAN, TIGA PELUMBA LTDL 2023 CEDERA

Kemeriahan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sedikit terjejas dengan kemalangan membabitkan van yang membawa pasukan ketika di peringkat ketiga dari Jeli ke Baling.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO), Emir Abdul Jalal, van yang membawa pasukan Giant Cycling Team itu terbalik ketika membawa pelumba melalui zon neutral di Jeli.

“Van berkenaan membawa tiga pelumba Giant Cycling Team, Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei, ketika kemalangan itu berlaku,” kata Emir.

Ujarnya, ketiga-tiga pelumba berkenaan sebenarnya tidak dapat berlumba hari ini, kerana dibatalkan penyertaaan selepas tiba lewat di pelepasan yang terletak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Disebabkan itu ketiga-tiganya terpaksa menaiki van pasukan untuk menuju ke lokasi penamat di Baling.

“Pelumba berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” jelasnya.

Pasukan berpangkalan di China itu hanya menghantar empat pelumba bagi kempen kali ini dengan seorang lagi wakilnya adalah Deng Penghai. – Harian Metro

Google ads
Back to top button