Buletin

HANYA 1% PEMANDU WANITA BOLEH TROUBLESHOOT KERETA TANPA BANTUAN ORANG LAIN – KAJI SELIDIK BOSCH

Satu kaji selidik yang dilakukan oleh Bosch Automotive Aftermarket mendapati hanya satu peratus pemandu wanita mampu membaiki kereta mereka apabila ia rosak, berbanding 48 peratus lelaki.

Kaji selidik yang melibatkan 350 responden berusia 18 hingga 55 tahun itu dijalankan untuk mengetahui tabiat pengurusan bateri kareta  dalam kalangan pemandu di Malaysia. Harus tahu bahawa sebab utama kereta gagal dihidupkan adalah kerana bateri gagal berfungsi.

“Kaji selidik kami menunjukkan bahawa 70 peratus kegagalan menghidupkan kereta adalah disebabkan oleh bateri. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan, tetapi memberi risiko kepada pemandu, terutama golongan wanita jika mereka bersendirian,” kata Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket di Malaysia, Pang Yoon Kong.

Kaji selidik itu juga mendapati sebanyak 84 peratus wanita akan menghubungi ahli keluarga atau rakan mereka. Sementara 12 peratus lagi menghubungi syarikat bantuan jika bateri kereta mereka rosak.

Berdasarkan kepada dapatan kaji selidik, masih ramai pemandu wanita yang tidak tahu bagaimana mereka boleh menghalang masalah kereta tidak dapat dihidupkan kerana bateri.

“Di Bosch, kami yakin dalam usaha memperkasakan pemandu, terutama wanita supaya mempunyai lebih banyak ilmu mengenai kereta mereka dan mampu mengenal pasti tanda-tanda awal masalah bateri,” kata Pang lagi.

5 tanda bateri kereta rosak.

  • Enjin lambat/sukar dihidupkan

Bunyi enjin kereta ketika dihidupkan semakin lemah dan mengambil lebih masa lebih lama berbanding biasa

  • Lampu amaran menyala

Apabila kuasa bateri lemah, lampu amaran enjin akan menyala

  • Perlu membuat jump battery

Ganti sahaja bateri sekiranya kereta terpaksa jump-started lebih tiga kali seminggu

  • Bekas bateri mengelembung

Bateri kereta yang terdedah kepada panas melampau akan mengelembung dan mempunyai jangka hayat lebih pendek

  • Bau seperti telur busuk 

Memandangkan bateri kereta mengandungi asid sulfurik, maka ia mungkin mengeluarkan gas yang berbau seperti telur busuk apabila ia mulai rosak. Periksa bateri secepat mungkin jika terdapat kebocoran asid sulfurik kerana ia boleh merosakkan komponen kereta yang lain.

Google ads
Back to top button