Buletin

WULING CORTEZ AKHIRNYA DILANCARKAN DI INDONESIA

Wuling Indonesia benar-benar serius nampaknya untuk berkongsi sedikit keuntungan dalam segmen MPV di sana. Sesudah berjaya dengan Confero S tahun lepas, kini Wuling Cortez akhirnya berjaya dilancarkan.

BACA : JENAMA WULING KINI DI PASARAN INDONESIA

BACA : WULING SEDIA MENCABAR TOYOTA INNOVA PULA

Melalui PT SGMW Motor Indonesia selaku pengedar rasmi buatan China ini, mereka kelihatan agak berjaya pada tahun lepas sesudah berjaya menjual lebih 5000 unit Confera S. Dan untuk mencapai hasrat itu, sudah tentulah Pengedar harus melata.

Setakat penghujung tahun 2017, sebanyak 50 Pengedar seluruh Indonesia telah dilantik. Dan untuk tahun ini, mereka bercadang untuk melantik lagi sehingga 84 Pengedar bagi memastikan model terbaharu, Cortez ini mampu menjadi pilihan rakyat Indonesia. Tahun ini, sasaran 30,000 unit bagi menjual Confero S dan Cortez dilihat agak realistik.

Cortez ini jikalau dilihat, gayanya memang layak bersaing dengan MPV dari Jepun yang ada dijual di sana. Secara fizikalnya, Cortez ini memang besar dan untuk dihuni penumpang dewasa di barisan ketiga pasti tidak punya masalah. Panjang Cortez ini  4780mm dan lebarnya 1816mm. Tingginya pula 1755mm.

Saiz yang agak sempurna bagi sebuah MPV. Kemasan krom, lampu projektor, lampu kabus serta tersedia rail bumbung menambahkan ciri elegan pada bahagian luarannya.

Melihat ruang dalam kabin, Cortez ini tidak kurang hebatnya dengan ciri-ciri mewah dan elegan. Papan pemuka dengan efek kayu papan pemuka jelas kontra dengan warna cerah tempat duduk yang barangkali tidak begitu digemari oleh golongan yang mempunyai anak kecil.

Penggunaan warna ambian pada ruang kaki barangkali cuba bersaing dengan Toyota Innova yang terletak pada ruang atas. Akan tetapi, skrin sesentuh bersaiz 8 inci itu yang berkongsi fungsi sebagai sistem hiburan dan juga alat navigasi boleh dijadikan sebagai salah satu asbab mengapa kalian harus membeli Cortez ini.

Menggunakan Brek Parkir Elektronik (Electronik Parking Brek) menambahkan lagi gaya mewah disamping tersedia bumbung suria yang membolehkan anak-anak melihat bulan terang di malam hari.

Tempat duduk barisan kedua dengan gaya kerusi kapten jelas memberikan keselesaan kepada sang ibu untuk duduk berehat di belakang sementara membiarkan anak-anak yang lain menghuni barisan ketiga.

Ciri menarik lagi pada Cortez ini adalah, ianya tersedia tempat mengecas USB sehingga ke barisan ketiga. Anak-anak pun tidak perlu bimbang kehabisan bateri peranti masing-masing. Cuma sang bapa kena standby-lah dengan jumper lepas ni. Haih!

Manakala, bagi mengatasi masalah bagasi yang mungkin tidak muat, ianya bukan masalah besar buat Cortez. Berjaya memanipulasi ruang dibahagian belakang yang mampu membenam sehingga ke lantai, nak sumbat bagasi bersaiz 28 inci pun kacang aja sebenarnya.

Di dalam bonet enjinnya pula tersemat rapi nadi 1.8 liter. Mungkin sedikit kurang tapi masih boleh dimaafkan andai faktor kelajuan ERL langsung tidak difikirin.

Dan prinsip pemasaran (4P) berjaya melengkapi model Cortez ini apabila harga yang ditawarkan jelas menandingi daripada pesaing. Paling mahal varian Cortez hanya pada harga Rp264 juta (RM73,792.46).

Amacam, murah ke tidak ni?

 

 

Google ads

B K

Back to top button