Motosikal

BENELLI TNT 135 EDISI TERHAD – LEBIH AKSESORI, HARGA NAIK JADI RM9,988 SEUNIT

Jika anda sedang mencari sebuah fun bike, tawaran terbaharu daripada MFORCE Bike Holdings ini mungkin boleh dipertimbangkan.

Hanya untuk 1,000 unit sahaja dihasilkan, Benelli TNT 135 LE (Edisi Terhad) ditawarkan pada harga RM9,988 seunit tidak termasuk GST & insurans.

Benelli TNT 135 LE (Edisi Terhad) kini hadir dengan lebih banyak aksesori tambahan. Antara aksesori tersebut ialah pelindung tangan,  penutup takungan cecair brek hadapan, axle bar dan pemijak kaki  berwarna merah.

Bahagian belakang pula dilengkapi aksesori seperti penutup minyak enjin, penutup penapis minyak, pelindung enjin, axle bar belakang, dekorasi casis dan penutup ekzos dengan kemasan gentian karbon. 

Versi TNT 135 LE dikuaskaan oleh enjin SOHC bersesaran 135cc dengan sistem penyejukan cecair, dua palam pencucuh. Dipadankan dengan transmisi lima kelajuan, ia mematuhi piawaian Euro4.

Mampu menjana kuasa mencecah 13hp,  jentera ini menawarkan pengalaman tunggangan yang mengujakan kepada sesiapa sahaja.

Casis TNT 135 LE dibina menggunakan steel-tube lattice yang sama seperti casis motosikal Benelli lebih besar. Geometri casis yang optimum membantu memastikan pengendalian yang stabil di semua permukaan jalan.

Sementara fork jenis terbalik 41mm di hadapan dan sistem penyerap hentakan tunggal yang boleh laras di belakang menjanjikan tunggangan mantap.

Motosikal itu dipasang dengan rim aloi, brek cakera depan belakang dan sistem exzos berkembar sebagai ciri standard.

TNT 135 LE boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah bersama pelekat edisi terhad.

Google ads
Back to top button