Buletin

HANYA DI FILIPINA – TIADA RUANG PARKIR? CAT SENDIRI GARISAN PARKIR!

Seni jalanan adakalanya memberikan pelbagai idea untuk memberi nuansa lebih menarik, lebih-lebih lagi ia boleh manfaat kepada orang ramai.

Ini terjadi di Filipina apabila ada individu yang menggunakan idea seni jalanan sebagai strategi untuk mendapatkan parkir kenderaan.

Segelintir penduduk di Caloocan nampaknya mengecat kaki lima supaya kelihatan seperti lot tempat parkir kereta yang sah. Malah terdapat penyumbat tayar untuk kenderaan beroda empat dan tanda berasingan untuk motosikal.

Taktik licik itu dikesan semasa operasi dilakukan oleh pihak berkuasa pembangunan Metropolitan Manila (MMDA). ‘Ruang parkir’ tersebut sebenarnya sebahagian daripada laluan pejalan kaki dan kenderaan yang diletakkan di dalamnya juga jelas menghalang jalan.

Beberapa kenderaan telah disaman kerana menyalahi undang-undang dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Sebelum ini, MMDA telah melakukan operasi di Caloocan tetapi halangan jalan sudah pun hilang, tetapi seperti yang disebut oleh agensi sebelum ini, penjenayah akan terus melakukan hal tersebut berulang kali tanpa rasa takut dengan tindakan pihak berkuasa.

MMDA berharap operasi kali ini memberi kesan kepada orang ramai serta mendorong penduduk mendapatkan ruang parkir yang sah.

Google ads
Back to top button