
PEUGEOT MOTORCYCLES KINI MENDARAT DI FILIPINA, LANCAR SKUTER DJANGO 150
Salah satu jenama motosikal yang tertua di dunia, Peugeot Motorcycles kini secara rasmi memasuki pasaran negara jiran Filipina.
Dibawah kendalian Motostrada yang turut menjaga jenama motosikal CFMoto dan MV Agusta, Peugeot Motorcycles mengorak langkah dengan melancarkan model pertama mereka berupa sebuah skuter Django 150.

Django 150 merupakan skuter retro yang diinspirasikan daripada model Peugeot S55 tahun 50-an, dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc menghasilkan 12 PS dan 9.2 Nm.
Ruang storan di bawah pelana dikatakan mampu memuatkan sebuah helmet.
Antara ciri kemudahan lain termasuklah outlet pengecasan 12V, sistem pencahayaan LED dengan lampu halogen di depan, paparan analog/digital, sistem brek ABS, serta tangki bahan api sebesar 8.5 liter yang mampu membenarkan tunggangan sejauh 350 km.
Harga jualan Django 150 bermula dari P199,000 (RM15,881). – RideApart







