
CARSOME KEMBANGKAN OPERASI DI SARAWAK. LANCAR 4 PUSAT PEMERIKSAAN
CARSOME, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara secara rasminya mengembangkan operasinya ke Sarawak dengan melancarkan empat buah pusat pemeriksaan kenderaan baharu.
Dengan pelancaran ini, CARSOME sekali gus memperkenalkan standard baharu dalam penjualan kereta untuk pengguna di Sarawak dengan memberikan mereka pilihan yang telus dan boleh dipercayai.
Pusat pemeriksaan itu bertujuan menawarkan pelanggan pengalaman menjual kereta yang berbeza dan tidak rumit, dengan proses pembayaran serta transaksi yang pantas.

Setiap pusat pemeriksaan CARSOME dilengkapi pemeriksa bertauliah serta mahir untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta. Ini bagi memastikan kualiti kereta diambil kira untuk menawarkan harga terbaik dalam pasaran.
Dengan pelancaran empat buah pusat pemeriksaan baharu di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu, CARSOME kini memiliki 49 buah pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia
Ia mencerminkan matlamat syarikat untuk mencipta ekosistem kereta terpakai yang dipercayai dan telus. Selain harga yang ditawarkan oleh CARSOME, pelanggan juga boleh menggunakan platform e-bidaan untuk mendapatkan tawaran harga berbeza daripada rangkaian pengedar kereta terpakai di seluruh negara.
CARSOME akan menyokong usaha para pengedar kereta terpakai untuk mendigitalkan operasi dan ekosistem mereka dengan memperkenalkan Platform E-bidaan dan Program Pembiayaan Peniaga.
Pusat pemeriksaan di Sarawak akan berfungsi sebagai salah satu langkah kemajuan dalam rancangan perkembangan CARSOME. Beberapa siri inisiatif pemasaran juga akan dilaksanakan di Sarawak, menawarkan pelbagai promosi kepada pengguna bagi menikmati standard baharu penjualan kereta melalui CARSOME.
- BACA: CARSOME AUTOFAIR 10-11 SEPTEMBER. BANYAK TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA!
- BACA: CARSOME PJ AUTOMALL RASMI DIBUKA. TAWAR PENGALAMAN TERBAIK BELI KERETA TERPAKAI
- BACA: CARSOME CERTIFIED LAB. KEMUDAHAN BAIK PULIH KERETA TERPAKAI PALING BESAR DI ASIA TENGGARA
- BACA: CARSOME CAPAI PENILAIAN RM5.4 BILION SELEPAS PUSINGAN PELABURAN TERKINI