Buletin

MITSUBISHI MIRAGE G4 BLACK SERIES DILANCARKAN DI FILIPINA, DARI RM71K

Di sesetengah pasaran seperti Thailand, anda masih lagi boleh dapatkan sedan kecil Mitsubishi Attrage sebagai alternatif kepada model seperti Toyota Vios, Nissan Almera dan Honda City.

Mitsubishi Motors Filipina baru-baru ini mengemaskini penawaran Attrage (atau nama Mirage G4) dengan membawakan Mirage Black Series 2023.

Dihasilkan sebanyak 150 unit sahaja, Mirage Black Seris ini mendapat ciri seperti kemasan merah pada jeriji Dynamic Shield, rim 16 inci berwarna hitam, perumah cermin sisi hitam, serta dua pilihan warna (Red Metallic & Titanium Gray).

Ruang kabin pula mendapat kemasan iluminasi biru pada lantai dan konsol tengah, penambahan tempat rehat tangan di tengah, dan dulang barangan pada ruang kargo.

Sedan subkompak ini masih lagi mengekalkan nadi 1.2 liter dengan kuasa 76 hp dan 100 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.

Harga jualan Mirage G4 Black Series ini bermula dari P899,000 (RM71,176).

Google ads
Back to top button