Buletin

LESEN MEMANDU TAMAT TEMPOH? BOLEH PERBAHARUI SEBELUM 30 APRIL 2021

Pemandu yang lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu kompeten (CDL) mereka tamat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) tidak perlu terburu-buru untuk memperbaharuinya.

Ini kerana mereka akan diberi pengecualian bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2020. Pemegang LKM dan CDL bagaimanapun perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April depan.

Pengecualian yang sama sebelum ini pernah diberikan ketika pelaksanaan PKP 1.0, bermula 25 Mac hingga 30 September tahun lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, orang ramai boleh memandu kenderaan walaupun LKM atau CDL sudah tamat tempoh. Tetapi mereka perlu membawa bersama salinan sijil perlindungan insurans yang masih sah.

Jadi, pemandu hanya perlu menunjukkan dokumen itu kepada polis sekiranya diminta ketika sekatan jalan raya.

Pengecualian itu dibuat sebagai mendengar rintihan rakyat dan meningkatkan usaha pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain mengelak kesesakan di tempat awam.

Berikutan pelaksanaan PKP 2.0, perkhidmatan operasi di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak telah dihadkan kepada urusan berkaitan Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) sahaja.

Justeru, pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV). Ini kerana perkhidmatan pembaharuannya  dibenarkan di bawah jadual perkhidmatan perlu (essential services).

Semua pusat pemeriksaan kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) juga beroperasi bagi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan ini.

Google ads
Back to top button