BuletinMotosikal

HARGA DIUMUMKAN, DUCATI MULTISTRADA 950 – RM85,900, DUCATI MONSTER 797 – RM55,900

Serentak dengan roadshow yang dianjurkan Next Bike Sdn Bhd, pemegang hak jenama dan edaran Ducati di Malaysia, mereka turut mengumumkan harga jualan bagi model Ducati Multistrada 950 dan Monster 797.

Harga jualan bagi Ducati Multistrada 950 ialah bermula RM85,900. Bagaimanapun motosikal ini belum lagi dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan. Kepada anda yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat, motosikal ini bagaimanapun sudah dipamerkan di pusat Pameran Ducati di Naza di Petaling Jaya.

Motosikal ini dilancarkan pada tahun lepas di Itali. Multistrada 950 merupakan “adik” kepada Multistrada 1200 yang sedia ada di pasaran. Lebih kecil dengan enjin 937 cc Testastretta 11, V-twin yang menghasilkan 113 hp pada 9,000 rpm dan tork 96.2 Nm pada 7,750 rpm.

BACA: TUNGGANG UJI DUCATI MULTISTRADA 1200

Harga jualan bagi Ducati Monster 707 pula bermula RM55,900 dan ia juga sudah mula dipamerkan di pusat pameran Ducati di Naza Automall Petaling Jaya.

Sama seperti rangkaian monster sebelumnya, Ducati 797 dibekalkan dengan enjin L-Twin 2 selinder Desmodromic yang menghasilkan sekitar 75 hp pada 8,250 rpm dan tork 68.9 Nm pada 5,750 rpm. Ia antara model mampu milik Ducati (selain Scrambler) dan dengan berat bersih hanya 175 kg, ia cukup lincah.

Menerusi Smart Service campaign, pelanggan akan mendapat dua tahun penyelenggaraan percuma dengan had batuan 30,000 (termasuk servis DESMO). Jaminan pula diberi untuk tempoh dua tahun TANPA had perbatuan.

GALERI DUCATI MULTISTRADA 1200

GALERI DUCATI MONSTER 797

Google ads
Back to top button