Buletin

HARGA MINYAK RON 97, RON 95 NAIK 1 SEN. DIESEL NAIK 5 SEN. 17 HINGGA 23 OKTOBER 2020

Harga runcit petrol RON 97 dan RON 95 masing-masing meningkat 1 sen pada RM1.98 dan RM1.68 seliter, sementara harga runcit diesel naik 5 sen kepada RM1.74 seliter,  untuk tempoh seminggu mulai, tengah malam ini.

Penetapan harga runcit petrol secara mingguan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google ads
Back to top button