
HARGA MINYAK TAK BERUBAH- 6 APR – 12 APR 2019
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 06 Mac sehingga 12 Apr 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:
- Harga runcit petrol RON97 – RM2.63 selite (tidak berubah)
- Harga runcit petrol RON95 – RM2.08 seliter (tidak berubah)
- Harga runcit diesel – RM2.18 seliter (tidak berubah)
Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April 2019 sehingga 12 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya. Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.