Buletin

PETRONAS BONANZA DATANG LAGI! HADIAH LEBIH RM1.7 JUTA!!!!!

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini telah melancarkan Kempen Mesra Bonanza terbaru dengan tawaran hadiah keseluruhan RM1.7 juta tunai dan mata kad Mesra bernilai RM2 juta untuk direbut kepada 10,000 pelanggan.

Setiap dua bulan, tiga pemenang utama akan berpeluang membawa pulang RM100,000 tunai sementara 14 pemenang lain akan berpeluang memenangi wang tunai RM3,000.

Setiap bulan pula, 1,000 pemenang akan dipilih dan dihadiahkan dengan mata ganjaran Mesra sebanyak 20,000 yang berniai RM200.

Bagaimana cara nak menang?

Pelanggan mesti berbelanja dengan nilai belian terkumpul sebanyak RM500 dalam masa dua bulan.

Transaksi pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit, Gift Card dari Petronas atau menerusi aplikasi Setel dan kad Mesra perlu dileret setiap kali pembelian dibuat, manakala aplikasi Setel pula akan mengemaskini mata ganjaran sekiranya kad Mesra sudah didaftarkan pada apps tersebut.

Selain itu juga, sebagai pengguna kad Mesra, anda kini menikmati tiga kali mata ganjaran Mesra untuk setiap liter pembelian bahanapi.

Google ads
Back to top button